PKP lagi, kesan buruk media sosial

Alamak lama betul aku tak update entri baru dekat blog ini. Yang sebenarnya aku malas nak menulis dah. Kadang-kadang bukan tak ada idea tapi lebih kepada malas nak menyusun ayat. Tapi hari ini aku ada sedikit rajin, jadi aku membenarkan jari jemari yang gebus ini menari-nari di papan layar. Eh, apa kau mengarut ni?

Hari ini hari ketiga PKP 3.0 di Malaysia. Aku dah malas nak pikir pasal PKP ni sebabnya aku sememangnya sudah lama lockdown dalam rumah aku hampir 2 bulan, sejak bulan puasa hari tu. Ada PKP ke tak ada PKP ke sama je. Selagi kes covid dekat Selangor ni tak turun, selagi itulah aku tak boleh pergi kemana-mana dengan bebas.

Aku dapatlah pergi Office aku kat KL 2 minggu je, selepas kes covid naik balik. Entahlah nak kata nikmat pun iya, nak kat ujian pun iya. Bagi aku nikmat dapat buat kerja kat rumah, tapi ujian sebab tak dapat keluar pergi jalan-jalan. So, korang macam mana? Okay ke tu?

Aku tahu PKP ini tak sama untuk semua orang. Ada yang tidak terkesan, tapi ada yang sangat terkesan. Sehinggakan nak makan pun terpaksa mengikat perut dan terpaksa berjimat cermat. Dan ada juga sudah terputus bekalan makanan. Allahu. Bila aku dengar berita orang yang terputus bekalan makanan sebab covid atau PKP ni aku rasa sangat sedih.

Hmmm.

Okay, itu cerita pasal PKP. Cerita lain yang banyak menyerabutkan kepala otak aku adalah isu-isu yang berlaku kat Malaysia ini. Okey, to be specifif, isu-isu dalam media sosial terutamanya. Kehidupan diluar media sosial tidaklah seserabut bila berada dalam media sosial. Media sosial dulunya tempat taburkan lebihan dopamine, sekarang menjadi tempat menaburkan kebencian dan toxic. Aku tak tahu kalau korang merasai benda yang sama dengan aku, tetapi bagi media sosial ni sangat meng-exhausted-kan dan men-drained-kan energi.

Padahal cerita-cerita itu bukan dari kelompok/circle yang kita follow. Disebabkan algorithm media sosial yang men-trending-kan sesuatu isu, menyebabkan orang yang tidak ada kena mengena turut 'dipaksa' untuk ambil peduli. It's so sucked!

Aku masih bercita-cita untuk free daripada media sosial ini. Tapi itulah, perniagaan yang aku bangunkan sekarang ini menyebabkan aku tak boleh lari untuk enggaged daripada media sosial. Korang ada cadangan macam mana nak remove toxicity yang ada dalam media social? Toxicity itu bukan datang dari circle kita, tapi dari algoritmn yang ditetapkan oleh media sosial.

Aku rasa aku yang kena stop diri aku. Stop seeing things in social media. Tapi itulah, aku je belum kuat untuk berhenti melihat. Korang maca mana? Korang sudah berjaya bebas ke? Kalau sudah, cuba kongsi tips dengan aku.

Okey, sampai sini sajalah bebelan aku. Kan, aku dah cakap aku sekarang ini malas nak susun ayat. Walaupun dalam otak aku ada benda lagi nak cakap tapi otak aku ni juga malas nak susun ayat. Okey, korang. Doakan aku nak proposal defense minggu depan atau dua mingu lagi. Doakan aku dipermudahkan urusan. Aku doakan korang juga.

Bye.

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!