Merasa punya waktu yang cukup?

Permandangan malam dari Namsan Tower

Selepas solat tadi, aku termenung sekejap. Pastu mulalah aku question diri aku ni. Kenapa aku banyak melengah kerja sedangkan aku punya waktu untuk membereskan kerja tersebut? Contoh seperti melipat baju yang sudah diangkat dari ampaian semalam. Atau mengvacuum bilik padahal alat vacuum sudah aku bawa ke bilik.

Adakah kerana aku tidak menyukai pekerjaan tersebut? Atau adakah aku tidak mempunya push factor yang kuat untuk memaksa aku membereskan pekerjaan tersebut? Yang pasti aku bukan dalam keadaan kepenatan. Aku boleh buat kerja tersebut pada waktu itu juga, tetapi aku sengaja melengahkan waktu.

Adakah ini sifat manusia atau ianya sifat aku sahaja? Adakah ini sejenis penyakit atau ianya mindset aku sahaja?

Kata Tuhan dalam surah Al-asr,

Demi masa. 
Sesungguhnya manusia ini berada dalam kerugian. 
Kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan kebaikan, yang berpesan dengan kebenaran dan yang berpesan dengan kesabaran.

Melengahkan kerja bukan sifat orang beriman kerana kata Tuhan dalam surah Al-insyirah,

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)"

Semuanya jelas ditulis di dalam al-Quran. Cuma aku yang belum betul-betul mempraktikkan apa yang disuruh Allah. Semoga selepas aku habis menaip entri ini aku menjadi orang yang tidak melengah-lengahkan pekerjaan lagi.

Jangan merasa punya waktu yang cukup, kerana perasaan itu adalah tipu daya syaitan. Kita tidak pernah tahu bilakah waktu kita berakhir. Jangan sampai belum sempat mengucapkan syahada mata kita sudah ditutup Tuhan. Nauzubillah.

Don't take for granted. Masa, kesihatan, keluarga, ketenteraman adalah nikmat yang perlu disyukuri setiap hari. 

Ingat, Ainiey!
*tampar pipi kuat2*

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!