Diusia 25 untuk si usia 30 | A letter


Dahulu, aku melihat orang yang berusia 25 tahun adalah seorang figure dewasa. Seseorang yang sudah serba tahu hal-hal tentang kehidupan. Fikirannya matang dan jiwa berwibawa. Namun ketika aku menjejaki diusia 25, aku tidak merasakan perasaan itu - perasaan seorang dewasa.

Apakah aku memang tidak matang atau persepsi aku yang dahulunya terlalu cetek?

Diusia 25, masih banyak yang aku belum figure out. Bukan hal kehidupan sahaja bahkan hal diri aku sendiri. Aku masih belum mengenal diri aku, lalu bagaimana aku mampu mengenal hal kehidupan dunia yang serba complex.

Urusan emosi, masa, attitude, disiplin masih menjadi problem terbesar aku, lalu bagaimana aku mahu memasukkan orang 'baru' yang membawa emosi, masa dan attitude dia tersendiri dalam kehidupan seharian aku?

Ini mungkin kerisauan aku sendiri, padahal ada sahaja manusia yang lain menempuhnya tanpa perlu banyak berfikir. It's not a problem until you start concerning it.

Ada orang usia 18 tahun kahwin, bermula dari kosong. Mengayuh perlahan dan menempuh cabaran hidup satu per satu dihadapannya tanpa memikirkan akibat daripada keputusan yang dia telah pilih.

Ada orang usia 35 tahun kahwin, bermula dengan serba ada. Melihat segala yang bakal dia lalui dimasa akan datang dengan expectation dan ragu-ragu.

Getting older does make human wiser or giving them more anxious?

The way I see the world right now is not as same as the way I saw it 10 years ago. Totally different. Sometime, I feel I am getting wiser to overcome my hiccups . But, most of the time, I become more anxious. Feeling anxious to the point I became clueless. Why things aren't working out?

I had moments when I felt too overwhelmed, I shut every door and not letting anyone in. I had moments when I felt so uneasy, I pulled everyone out of my life. I had moments when I felt exhausted for no reason, I hide myself in my dark cave trying to comfort my inner soul.

And I know.. One of my biggest concern in accepting new person in my life, "Could he bear with me as if in future I could have that moment again? The moment I don't want him to be around."

I feel sad and anxious when I think about this.

Aku tidak tahu bagaimana korang menjalani usia 25 tahun. Setiap orang pasti ada cerita yang tersendiri. Mungkin betul, memang ada orang yang diusia 25 telah matang dan mempunyai matlamat yang jelas. Tetapi, ingin aku khabarkan jika diusia 25 ini masih ada orang yang banyak meragu dan banyak serba  tidak tahu, korang tidak bersendirian.

Someone said, in order to fill the void inside you, you must fill in with knowledge. Cari ilmu dan bacalah buku. Belajar agama dan praktikkan kefahaman dalam kehidupan seharian.

Aku menulis ini supaya suatu hari nanti ketika aku diusia 30 aku boleh membaca cerita Ainiey yang berumur 25. Disaat aku lupa bahawa aku pernah berada dalam moment terendah aku, tetapi tanpa sedar aku berjaya bangkit dan terus melangkah. Dan aku berharap, moment dan tulisan ini yang akan mengingatkan aku untuk sentiasa tabah menjalani kehidupan dimasa hadapan. Aku harap Ainiey 30 akan berbangga dengan Ainiey 25.

Life is like a tunnel. You never know what is at the end. But, as long as you walk, you will find out soon what is at the end.

03112020

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!