Leaving memory of Wahyeon Beach (와현)


Dari Okpo ke Wahyeon Beach mengambil masa dalam 15 minutes, ambil bus 22 atau bus 23. Laluan yang sama untuk pergi ke Pantai Gujora. Summer time adalah musim yang paling meriah di Pantai Wahyeon. Tak perlu pergi ke Heaundae untuk merasai kemeriahan musim panas. 


Kawasan pantai yang dilindungi oleh bukit kiri dan kanan. Airnya jernih seperti tidak pernah disentuh manusia. Cuma, ketika musin panas ajumma ajushhi pacak siang-siang payung dikawasan berdekatan gigi air. Satu port 10,000 won. 


Musim lain tak nampak pula batang hidung ajumma ajushhi ni. Pandai betul dia berniaga.

Musim panas memang ramai pelajar universti dari bandar datang beriadah di pantai. Ada yang mandi, ada yang sekadar main air dan ada yang nakal sikit tarik member yang belum mandi dan campak dalam air. Mereka punya gelak tawa tu mengkekek sampai aku pun terpaksa memberi perhatian pada mereka. Happy betul!

Berbeza pula musim dingin kerana tiada sebayang manusia pun yang bermain air. Hanya air pantai yang tenang dan bayu laut yang nyaman.

Musim Dingin
Musim Panas

Mana yang kalian lebih suka?
Suasana musim panas, yang meriah.
Atau.. Suasana musim dingin, yang tenang.

I choose the latter.

Hoping to see you again :-)

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!