Cara nak sambung belajar diperingkat Master by Research

Hi, guys!

Eh, kenapa tiba-tiba nak share pasal cara nak sambung Master ni? Uhuk uhuk.. Okay, guys aku dah tak boleh nak simpan berita gembira ini lebih lama. Aku nak share aku dapat sambung belajar diperingkat Master. Alhamdulillah!

Master yang aku buat ini adalah Master by Research. Ada Master jenis lain ke? Ya, ada 3 jenis master.

  • Research
  • Course Work
  • Mix-mode

Master by Research adalah berasakan penyelidkan sesuatu projek. Sepanjang 2 tahun akan fokus buat penyelidikan projek yang telah dipilih.
Master by Course Work adalah seperti degree. Wajib pergi kelas dan ada silibus pembelajaran.
Mix-mode adalah campuran Course Work dan Research.

Disebabkan aku sambung Master by Research so aku akan cerita bagaimana aku apply, apa preparation yang perlu dibuat sehinggalah aku dapat surat tawaran dari universiti yang aku pilih. Sebenarnya perjalanan aku nak sambung Master agak panjang.

Bermula dari aku habis degree, aku memang sudah pasang niat untuk sambung Master. Dan aku dah apply beberapa universiti (dalam dan luar negara) tetapi nak katanya rezeki aku belum tiba lagi. Sehinggalah 2 tahun telah berlalu. Tahun 2020 Alhamdulillah, tuhan izinkan aku untuk sambung belajar.

Trust Allah.
The day will come.

Mungkin cerita orang yang sambung Master ini lain-lain, so apa yang aku cerita ini adalah dari diri aku. Setelah penantian hampir 2 tahun. Pada satu hari, aku dapat whatsapp dari seorang lecturer UTM, dia kata, dia ada geran untuk buat penyelidikan. Dan dia mempelawa aku, jika aku berminat untuk sambung Master sambil menjadi research assistant dia selama 2 tahun.

Aku tak pernah terbayang rezeki itu datang dalam bentuk yang macam itu. Aku dah apply sambung belajar dengan bermacam cara, tetapi kali ini peluang itu datang dengan sendiri pada aku dengan cara yang aku tidak disangka-sangka dan ia datang dengan sangat smooth.

Kata lecturer a.k.a supervisor aku, aku kena cepat-cepat apply sebab pendaftaran dah nak tutup. Aku terus apply kat website UTM, dalam 3 minggu macam itu aku tunggu, akhirnya result pun keluar. Aku diberi masa seminggu untuk settle preparation untuk pendaftaran. Isi borang dan medical check-up.

Tapi jujur, semunya banyak dipermudahkan. Alhamdulillah.

Disebabkan pandemik, maka tiadalah fizikal pendaftaran. Semuanya dibuat secara online. 

So cara aku dapat sambung belajar adalah daripada tawaran lecturer universiti. Walaupun dapat tawaran daripada lecturer itu tidak bermaksud aku sudah jadi Master student. Nak masuk universiti mestilah kena apply secara official. Aku apply through website official university bahagian post-graduate.

Isi borang secara online je. Kemudian, untuk Master by Research, kita kena letak supervisor yang kita nak untuk guide kita sepanjang nak habiskan research, so aku letak lecturer yang tawarkan aku sambung belajar. 

Kemudian, dalam borang tu akan ada bahagian reference, pihak universiti akan minta orang yang boleh recommend kita, so aku letak supervisor (Degree)  dan bakal supervisor untuk master. Nak letak orang pun boleh seperti boss tempat kerja atau ketua bahagian tempat kita berkhidmat. Recommendation letter ni kat mana-mana univerisiti mesti minta, especially untuk orang yang sambung Master by Research.

Certificate degree, transcript degree dan proposal untuk research yang kita nak lakukan sepanjang Master perlu dilampirkan sekali. Ada universiti minta study plan, tetapi UTM tak minat study plan. Borang dah lengkap, boleh send. Dalam masa seminggu, pihak universiti akan notify kita bahawa mereka sudah terima application kita.

Selepas itu tunggulah dalam seminggu dua untuk result keluar. Kalau lebih dari 3 minggu, korang boleh tanya pihak pentadbiran universiti tentang update terkini.

Aku harap penulisan ini dapat bantu sedikit sebanyak untuk korang yang nak sambung belajar diperingkat Master. InsyaAllah, nanti aku akan update lagi tentang perjalanan dan pengalaman aku sambung Master dientri yang lain pula. 

Aku akan share pengalaman belajar daripada jurusan yang sedikit berbeza. Masa degree aku belajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, sekarang Fakulti Teknologi dan Informatik, dari Degree in Engineering kepada Master in Philosopy.

Perjalanan yang baru. Mohon doa dari semua.

Doakan Aku tau!

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!