Nasi Kukus Kak Ros di Banting | Ainiey Review Kedai Makan


Rasanya aku sudah lama tidak makan kat kedai. Semalam aku dan family berjalan-jalan di Pantai Morib. Kami singgah di Kedai Kerepek Ros dan makan tengahari di Restoran Nasi Kukus Cik Ros. Aku tidak pasti owner kedai ini orang yang sama atau tidak. Mungkin hanya nama sahaja yang sama. Huhuhu.

First time, kami makan di sini. Kami terkejut dengan harga makanan di kedai ini. Portion yang diberi sangat banyak! Aku order Nasi Ayam Masak Lemon, tak sempat ambil gambar sebab rasa terliur nak cepat-cepat makan. Halfway makan baru teringat nak ambil gambar.

Nasi Ayam Lemon di Banting
Nasi Ayam Masak Lemon
Nasi Paprik Ayam di Banting
Nasi Ayam Masak Paprik
Makanan best Mee Jawa di Banting
Mee Jawa

Harga semua makanan cuma RM5 sahaja! Menu berasaskan nasi atau mee. Harga air pula cuma RM2 sahaja, saiz cawan besar. Memang puas hati makan kat sini. Boleh bayangkan Nasi Beriyani RM5? Mana nak jumpa weh!

Dengan RM7 memang kenyang sampai petang. Aku recommend pada orang yang nak berjalan-jalan di Pantai Morib atau Pantai2 di Banting untuk singgah makan di Kedai Makan Nasi Kukus Kak Ros. Harga murah dan makan semua sedap. Tempat makan pun selesa.

Pilihan kedai makan di banting

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!