Resepi sihat Ayam Goreng tanpa minyak menggunakan air fryer

Resepi ayam goreng tanpa minyak

Hari ini aku nak kongsi yang resepi sihat mengunakan air fryer. Maklumlah. sekarang ini aku tengah menjaga permakanan. Antara yang aku sedang praktikkan adalah kurangkan makanan yang terlebih manis dan terlebih masin. Dan, teknik memasak pula, aku banyak merebus dan memanggang. Sedap, mudah dan pantas.

Sebenarnya, makanan sihat tidaklah memerlukam kos yang tinggi. Ada caranya untuk dapatkan makanan yang berkhasiat, sedap dan cepat dimasak. 

Aku cadangkan untuk banyakkan mencari maklumt tentang permakanan sihat kerana setiap badan manusia tidak sama keperluan calorinya. Banyak faktor yang berkait. Selain permakanan harian, gaya hidup juga antara penyumbang kesihatan tubuh badan dan mental manusia.

Menu hari ini: Ayam Goreng tanpa minyak

Bahan-bahan yang diperlukan hanya 4 sahaja.
  • Chicken (the healthiest part: Chicken Breast)
  • A pinch of salt
  • 1 spoon of Black Pepper
  • 1 spoon of Chili Pepper

Ayam goreng tanpa minyak air fryer

Cara penyedian:
  • Mix all ingredients with chicken
  • Marinate for 10 minute
  • Put in air fryer for about 20 minutes at 200C

Fried chicken without oil air fryer

Rasanya memang sangat sedap dan kulitnya memang rangup. Pooh suka kulit ayam jadi aku tinggalkan untuk dia. Bahagian ayam yang paling sihat adalah dada ayam, kemudian thigh, peha dan last sekali kepak.

Tip aku dalam pemakanan sihat adalah mudah: Eat in moderation.

Kalau makan dada ayam pun, tetapi makan sampai 3-4 ketul maka tidak tercapailah objektif pemakanan sihat. Aku tahu ada orang tak mampu menukar cara pemakanannya secara drastik. Daripada turun berat badan 10kg sebulan kemudian naik 15kg pada bulan yang seterusnya adalah lebih baik turun 2kg setiap bulan secara konsisten. Itu jauh lebih baik.

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!