Bebola Keria by Ainiey |
Aku peminat kuih keria. Especially, kuih keria Melaka yang ranggup diluar dan lembut di dalam. Rasa terliur pula time nak tulis ni. Hari ini aku mahu berkongsi resepi kuih keria berbentuk bebola cara aku. Sangat mudah dan simple sahaja cara nak buat bebola kuih keria ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Keledek
- Tepung gandum
- Gula Melaka
- Gula Perang (Brown Sugar)
- Minyak
- Air
Step by step adunan bebola keria
1) Rebus keledek sampai lembut dan empuk. Selepas 25 minit cuba cucuk keledek dengan garfu, kalau senang cucuk anda sudah boleh matikan api. Kalau masih keras lagi, tunggu lagi 10 minit. Kemudian cuba cucuk dengan garfu lagi.
2) Lenyekkan keledek dan campurkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Once adunan sudah rasa agak pejal dan sudah boleh dibuat bentuk. Stop tambah tepung! Aku tak boleh nak bagi exact sukatan sebabnya ada keledek yang banyak air (terlalu lama rebus) so sukatan tepung kena lebih. Ada keledek yang tak berair jadi sukatan tepung perlu dikurangkan. Time ini skill 'agak-agak' perlu dipraktikkan.
3) Bentukkan adunan seperti bebola. Kalau anda suka bentuk yang macam donat tu boleh buat bentuk macam itu. Ikut kreativiti masing-masing.
4) Goreng selama 8-10 minit. Agak-agak warna sudah bertukar keperangan, bebola keria sudah boleh diangkat. Kalau nak lebih garing boleh tambah 3-5 minit lagi.
Cara nak buat siraannya (coating) pula.
1) Cairkan gula Melaka, gula perang, setengah cawan air dan satu sudu minyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Satu sudu minyak ditambah tujuannya nak bagi coating gula tu berkilat. Kalau taknak letak pun, tidak ada masalah.
2) Once bancuhan gula sudah cair, masukkan bebolah keria ke dalam gula. Gaul pelahan sehingga gula melekat pada bebola keria.
Hasilnya...
0 Comments
Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!