Apa nak buat selepas tamat pengajian | Graduan buntu

Hari ini aku mahu berkongsi pertanyaan yang selalu ditanya oleh bakal graduan dan graduan yang baru menamatkan pengajian. Apa nak buat setelah taman pengajian? Aku akan senaraikan 5 panduan yang anda boleh lakukan setelah tamat pengajian.

Sebelum itu ingin aku maklumkan artikel ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi, tidak terlibat dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sahaja. Semoga bermanfaat.


1) Mendapatkan kerja
Perkara yang biasa dilakukan selepas graduan habis belajar adalah mencari kerja. Namun, realiti hidup di dunia ini tidaklah semudah yang dibayangkan. Kita kena bersedia menghadapi apa jua cabaran yang menanti seperti:

  • Ketiadaan peluang pekerjaan yang sesuai dengan aliran khusus yang diambil
  • Saingan dari graduan universiti lain untuk mendapatkan kerja
  • Tawaran gaji yang tidak memuaskan


2) Melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Master's degree atau Phd juga adalah antara pilihan graduan. Ada kebaikan dan kekurangan jika menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sejurus sahaja menamatkan pengajian Bachelor's degree.

Kebaikan:
  • Otak masih fresh
  • Teori dan ilmu yang diperolehi ketika pengajian Bachelor's degree masih tersimpan dalam memori
  • Dapat habiskan pengajian ketika usia masih muda
  • Dapat peluang pekerjaan yang memerlukan kelulusan Master's degree atau Phd (ie: University's lecturer, RnD researcher)

Kekurangan:
  • Penglibatan yang minimum dengan industri sebenar menyebabkan skill teknikal tidak mantap. Banyak kajian yang bermain dengan teori. Apa yang dibelajar secara teori di dalam kelas tidak sama dengan pengaplikasian di dalam industri. My supervisor said "kajian syok sendiri".

3) Membuka perniagaan sendiri
Baru setahun dua ini kedengaran banyak graduan membuka perniagaan sendiri. Namun hanya sektor tertentu saja yang rancak dan mendapat sambutan. One of the visions from my university is to produce a graduate with a business-like mindset.

Peluang pekerjaan akan bertambah jika jumlah syarikat bertambah. Graduan atau bakal graduan dimasa ini tidak lagi boleh berfikiran untuk mencari peluang pekerjaan semata tetapi perlu ada mindset untuk mencipta peluang pekerjaan dimasa hadapan.

Aku ada kawan chinese yang memang sudah ada minset untuk menceburi bidang business dalam engineering. Memang kelihatan berbeza cara dia berfikir berbanding kawan yang lain. Sangat matang dan menyakinkan setiap kali dia buat presentation project.

Namun, setiap kali membincangkan tentang perniagaan, benda pertama yang terlintas di dalam fikiran adalah modal. Macam mana nak mulakan perniagaan kalau tiada modal, kan? Di Malaysia, setakat yang aku tahu, ada kementerian yang boleh memberi dana untuk sebarang inovasi atau penyelidikan yang dibuat. Boleh lawat website MESTECC untuk maklumat lanjut. 

Selain daripada itu, cara lain untuk mendapatkan dana adalah mencari investor dari syarikat-syarikat besar atau orang ternama. Buat proposal dan approach mereka dengan cara professional untuk membentangkan idea.

Boleh tengok movie Steve Job untuk lihat bagaimana mana Syarikat Apple ditubuhkan. 


4) Menyertai program internship/protege untuk membina skill-set
Jika rasa diri masih kurang dengan skill-skill yang dikehendaki dalam industri, carilah program internship atau Protege atau short-term training yang banyak dibuat oleh syarikat-syarikat di Malaysia. Kebiasanya, jangka masa program adalah diantara 6 bulan sehingga 2 tahun. Contoh program: SL1M, PROTÉGÉ by Tnb, etc. 

Tetapi, ada syarikat tidak membayar gaji bulanan sepanjang program, mereka memberi elaun sahaja. Namun, demi mencari pengalaman dan membina skill, kuatkan hati sajalah. Jika ada rezeki dan prestasi baik, mungkin akan diserap menjadi pekerja tetap.


5) Membina rangkaian kenalan (networking)
Kalau anda suka berjumpa orang dan berkenalan dengan orang baru, pergilah ke seminar usahawan    seminar yang mengumpulkan pelbagai jenis latar belakang peserta, conferences, open day university atau public event. 

Kalau anda ada duit simpanan, pergilah travel/backpacking ke tempat yang anda tidak pernah pergi. Tidak semestinya luar negara, dalam negara juga sudah memadai. Aktiviti mengembara akan membantu memantapkan keyakinan diri dan mencari potensi yang tersembuyi dalam diri. Berkenalan dengan orang baru sepanjang anda travel. Binalah networking dengan mereka, contoh macam tukar phone number, email atau account social media.

Boleh jadi mereka itu adalah 
  • Orang yang bakal menawarkan pekerjaan kepada anda atau 
  • Orang tengah yang menjadi pengantara peluang pekerjaan dengan anda atau 
  • Seseorang yang bakal menjadi rakan business anda

Dimana ada possibility disitu ada oppurtunity.

Panduan pelajar universiti selepas tamat belajar

Untuk graduan dan bakal graduan, aku ucapkan selamat maju jaya. Dalam hidup ini, banyak cara untuk sampai ke destinasi. Ada orang suka jalan udara mungkin kerana dia mampu atau dia nak cepat sampai. Ada orang suka jalan darat mungkin kerana dia takut berada ditempat tinggi dan dia selesa berjalan dia didaratan. Ada orang suka jalan laut mungkin kerana dia sukakan cabaran dan permandangan yang luas di laut.

Tidak kisahlah jalan mana yang dipilih, yang pasti tujuannya adalah untuk sampai ke destinasi. Lambat atau cepat itu tidak penting. Tidak penting. Tidak penting. Semoga anda selamat tiba di destinasi.

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!