Hari ke-4 ekspedisi | Kawah putih, Hutan pinus dan Glamping Rancaliba, Bandung

hutan pinus

Setelah dua hari di Jogjakarta, aku dan kawan aku bergerak pula ke Bandung dengan menaiki Train. Yang menariknya adalah... 

Semasa pergi ke Jogjakarta, kami tempah train class mewah tetapi balik dari Jogjakarta kami naik train class ekonomi. Masa tempah tiket, tidak terfikir kondisi train tu jauh berbeza. Harga memang murah tetapi sempit, kerusi tegak dan aircond perlahan. Berkicap jugalah ketiak ni. Ish-ish. Memang tak boleh nak kenanglah. 

Bayangkan perjalanan lebih kurang 8 jam, badan kejung tegak je. Sudahlah nak bergerak ke sana sini tidak boleh sebab ruang yang sempit ditambah pula dengan barang penumpang yang banyak.

kereta api bandung

Tetapi yang bestnya adalah permandangan sepanjang perjalanan ke Bandung. Kiri dan kanan, aku melihat padi, gunung-ganang dan sawah. Sangat cantik dan mendamaikan. Kami bergerak dari Jogjakarta pukul 11 malam, sampai ke Bandung pukul 9 pagi.

permandangan dari kereta api ke bandung

Cuaca di Bandung agak nyaman berbanding Jogjakarta, sepanjang hari kami berjalan, cuaca berangin dan kabus. Sampai di train station Bandung, Supir kami sudah menunggu. Kami minta Mas Chacha untuk membawa kami ke Masjid berdekatan. Kami mahu mandi dan bersihkan diri dulu.

Gambar bawah ini adalah kawasan lapang depan masjid Bandung. Cantik, kan?

masjid bandungmasjid bandung
Selesai mandi kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Bajet dan masa kami tak banyak, maka tempat yang kami dapat lawati di Bandung adalah Kawah Putih, Hutan Pinus dan Glamping Rancabali. Glamping Rancabali ni yang di suggest oleh Mas Chacha.

KAWAH PUTIH
Bukan biasa-biasa ye kenderaan yang bawa kami naik ke atas
kawah putih
Kabus tebal
kawah putih
kawah putih bandung

HUTAN PINUS
hutan pinus bandung
hutan pinus

GLAMPING RANCABALI
glampin rancablali bandung indonesia

Selepas melawat tiga tempat itu hari sudah lewat petang macam. Mas Chacha bawa kami ke kedai souvenir untuk shopping souvenir. Kami berada di Bandung hanya 2 hari satu malam. Keesokan tengahari, kami akan bererak ke Palembang untuk mengambil flight pulang ke Malaysia. 

Sebenarnya ada sebab kenapa kami mengambil flight dari Palembang ke Malaysia, bukannya dari Bandung. Tetapi, aku akan cerita dientri seterusnya.

Malam sudah semakin surut, kami menginap di Hotel Serena yang terletak berdekatan dengan Bandung train station. Hotelnya selesa dan breakfast disediakan. Hari yang cukup indah hari ini. Terima kasih Tuhan. Semoga kami sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

hotel serena berdekatan dengan station kereta api bandung indonesia
Selamat malam, semua.

Baca:

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!