Hari ke-3 ekspedisi | Makan udang galah di Pantai Timang, sakan bergambar di Candi Ijo dan Jurang Tembelan.


tips melancong ke jogjakarta

Pukul 9 pagi, kami sudah bersiap packing barang. Mas Henry akan menjemput kami untuk pengembaraan hari ini. Hari ini, hari kedua dan terakhir kami di Jogjakarta. Kami akan ke Bandung malam ini, jadi kami tidak akan kembali ke homesty semula.

Ini Homesty Mas Dani yang kami pilih dari Airbnb. Rumah dua tingkat fully furnished.

airbnb di jogjakarta murah dan cantik
airbnb di jogjakarta murah dan cantik

Destinasi pertama, Mas Henry membawa kami ke tokoh kuih Bakpia. Kata Mas Henry, kuih Bakpia ini popular di Jogja. Kami beli untuk souvenir family di Malaysia. Kemudian kami terus ke Candi Ijo yang mengambil masa 40 minit untuk sampai.

candi ijo jogjakarta
tempat menarik di jogjakarta candi ijo

Candi Ijo terletak di atas bukit. Dari sini boleh nampak permandangan yang luas kat bawah sana. Tetapi disebabkan kabus diwaktu pagi, kami hanya nampak samar-samar saja. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Candi Ijo. Berdekatan dengan Candi Ijo, ada satu designated port yang wajib bergambar. Orang kata Instagram worthy. Jalan kaki sikit je..

tempat menarik di jogjakarta candi ijo

Sudah puas bergambar kami bergerak ke destinasi seterusnya iatu Pantai Timang. Tiba di Pantai Timang, kami makan tengahari dulu di kedai Udang Galah. Harga untuk 4 orang makan 550,000IDR dalam RM150 duit Malaysia. Kalian akan dapat set yang macam dalam gambar dibawah. Udang galah boleh pilih sendiri. 

menu udang galah di pantai timang
menu udang galah dipantai timang

Selepas makan, kami naik Jep untuk ke Pantai Timang. Nak ke Pantai Timan tidak boleh menaiki kereta biasa kerana jalan yang berbatu dan berbukit. Harga untuk naik Jep, 350,00 IDR iaitu RM100 untuk 4 orang.

jep ke pantai timang kenderaan untuk naik

Lebih kurang 10 minit kami sampai di Pantai Timang. Sepanjang perjalan, aku melihat perkampungan peduduk di sini. Suasananya berbeza dengan perkampungan di Malaysia.

pantai timang cantik
pantai timang running man

Pantai Timang ni pernah masuk dalam Variety Show Korea: Running Man. Episod Lee Kwang Soo kena denda sebab kalah dalam game. Nampak tak bongkah batu yang besar tu? Nak pergi ke sana ada dua cara: Jalan kat atas titian jambatan(kiri) atau Naik gondola (kanan)

gondola pantai timang

Nak naik gondola kena bayar dalam 150,000IDR. Yang menarik tentang gondola ini, ia digerakkan mengunakan kudrat manusia. Bukan bergerak secara automatik tau.


Sudah puas bergambar di Pantai Timang, kami menyusur ke Jurang Tembelan pula. Tidaklah begitu jauh dari Pantai Timang. Jurang Tembelan ini memang Instagram worthy. Memang tidak lengkap kalau pergi ke Jogjakarta tetapi tidak sampai sini.

jurang tempelan jogjakarta
tempat best bergambar di jogjakarta
instagram worthy tempat bergambar di jogjakart jurang tembelan

Kami bergerak dari Jurang Tembelan sudah lewat petang. Kami perlu berada di station kereta api sebelum magrib. Maka sampai sini sahaja sightseeing di Jogja. Esok kami akan berada di Bandung pula. Aku dapat pengalaman yang best dan permandangan yang sangat indah sepanjang aku travel di Jogja.

Perjalanan kami ke station kereta api ditemani hujan. Mungkin memahami perasaan kami yang berat untuk meninggalkan tempat ini. Entah bilakah kami akan kembali ke sini. Jika ada rezeki lagi, insyaAllah aku akan ke sini lagi. Selamat tinggal, Jogjakarta.

 

 Baca:

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!