Resepi Masakan Korea: Bibimbab

Diantara makanan Korea (한국 음식) yang menjadi kegemaran aku adalah bibimbab (비빔밥). Bibim maksudnya campuran bahan, Bab tu maksudnya nasi. Jadi Bibimbab tu adalah campuran beberapa bahan dengan nasi. Biasanya ada beberapa jenis sayur, protein (daging/ayam/telur), nasi dan sos gochujang.


Nak buat Bibimbab ni senang saja.

  1. Sediakan sayur dan potong halus-halus. Paling mudah pilih sayur yang tak perlu masak. Macam sayar timun, carrot, salad etc. (boleh je guna sayur lain. Tapi rebus dulu pastu letak sesame oil dan garam)
  2. Gaul dengan minyak sesame (sesame oil) dan garam. Kalau tak ada sesame oil, gaul dengan garam sedikit pun sudah cukup. Tetapi sesame oil ni lah memberi rasa kekorean tu.
  3. Masak ayam/daging dengan oyster sos. Tambah sikit black papper. Masak sampai tak berair sangat.
  4. Susun semua bahan dengan urutan. Nasi 👉🏻Sayuran dan ayam/daging 👉🏻  Sos gochujang 👉🏻 Telur (tak ada dalam gambar)
Siap!

Cara nak makan, gaul semua bahan baru makan. Sedap sangat.

Okey kat mana nak dapatkan sos gochujang? Boleh beli kat shoppe. Ada cop halal dari Korea Muslim Federation. Better cari yang ada cop halal, sebab certain brand letak alcohol. Kalau kalian boleh baca bahasa korea tengoklah kat bahagian ingredient.

Yang ni aku beli kat shoppe juga.


Selamat mencuba.

1 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!