Merakam memori Ibu berkebun | Video Ainiey


Aku.. tidak tahu, apakah dunia digital dan teknologi yang semakin canggih kini mampu membawa perubahan pada dunia. Kerana bagi aku, digital atau tidak, teknologi paling latest atau tidak, IA-nya hanyalah sebuah alat yang 'kaku' jika tanpa si penguna.

Setiap petikan gambar, setiap rakaman video dan setiap picitan penulisan digital.. aku mahukan ia menjadi tinggalan jejak yang aku boleh berpatah kembali padanya. Disaat aku merindukan, disaat aku mahukan pujukan dan disaat aku 'hilang' dari alam realiti, aku mahu kembali pada dunia yang aku simpan ini.

Segala yang hadir, pasti akan meninggalkan. Itu adalah hakikat pertama ketika kita menjejakkan kaki di dunia ini. Pedih tetapi benar. Entah aku atau dia, tiada siapa yang tahu siapa yang meninggalkan dahulu. Maka, semoga yang ditinggalkan akan tetap kuat.

Hari yang lalu, aku katakan pada Ibu "Boleh kakak ambil video itu berkebun?" 

Kata ibu, "Marilah.."



Kakak sayang Ibu.
Semoga sihat sentiasa, ye.

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!