Resepi Tumpi Rempeyek/Tempayek

April 12, 2020

Tumpi
Hi, pembaca!

PKP hari keberapa tah, tapi yang pasti, aku rasa otak aku sudah overload. Jiwa aku sudah hampir pecah menelan kebosanan. So hari ini aku request ibu untuk ajar resepi rempeyek (ada orang lain panggil tempeyek) dan tumpi. Saja nak hilangkan kebosanan.

Sebenarnya resepinya sama, yang beza topping-nya saja. Kalau rempeyek, topping-nya kacang tanah. Kalau tumpi, topping-nya kacang hijau. Boleh juga kalau nak letak topping kacang dal. Terserah kamu lah. Tapi aku panggil semua ni rempeyek. Heh.

Hari ini cuaca agak terik. Tambah pula aku terpacak depan kuali dekat 2 jam, hmmmm.. *geleng kepala* 

Aku tak adala minat sangat makan rempeyek ni, tapi ayah aku suka. Dulu arwah nenek aku rajin gila buat. Tiap kali balik kampung mesti ada se-tin besar rempeyek, se-tin kerepek pisang, se-tin inang-inang. 

Aku suka kerepek pisang. Bila malam nak tengok tv, aku dengan abang-abang aku, masing-masing ada pinggan sendiri pastu isi penuh-penuh then bawak kat depan tv. Krup krap krup krap. 

Bau ubut nyamuk, bunyi cengkerik keliling rumah arwah atuk nenek (yayi dan  nyayi). Ya Allah rindunya.. Meleleh air mata ni. Uhuk.

Okey-okey, tiba-tiba syahdu pula. Aku cerita ingredient-nya dulu deh.
  1. Jintan manis
  2. Jintan putih
  3. Ketumbar
  4. Telur sebiji
  5. Santan sekotak
  6. Tepung beras
  7. Tepung gandum
  8. Garam
  9. Kapur (for crispiness)
No 1-4 boleh blend dahulu. Kemudian campur dengan no 5-9. Jadilah adunannya macam ini


Panaskan minyak masak. Oh yea, sebelum tu asingkan mana yang nak campur dengan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dal.


Kemudian, curahkan dalam kuali. Ia bagusnya kena ada dua kuali. Satu kuali untuk cetak, minyak sikit je. Pastu satu lagi kuali minyak banyak. 

Mula-mula curah kat kuali minyak sikit, ikutlah nak size besar ke kecil ke. Tujuannya nak bentukkan acuan jadi bulat.

Bila acuan tu sudah keras sikit pindahkan acuan tu kat kuali minyak banyak. Bagi acuan tu berenang lama-lama sikit supaya kacang tu masak.

Tapi, yang aku buat ini aku guna satu kuali je sebab malas nak banyak tool, malas nak basuh. Heh.


Maka, jadilahhh rempeyek. Snack petang-petang. Next time aku nak buat lagi, aku refer la post ni. Mana tau satu masa nanti duduk jauh dari family tiba-tiba teringin nak makan rempeyek kan senang dah ada nota kat sini.

Rempeyek kacang tanah & kacang dal



Bye!

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.