Covid-19 | Semua orang sedang belajar

Ketika ini negara sedang berusaha semaximum mungkin untuk melawan Corona virus. Sudah ramai kaki tangan perubatan yang terlibat secara langsung untuk merawat pesakit yang positif Covid-19 kian lelah. Namum, di negara aku (malaysia) ini tidak habis dengan isu-isu kontrovesi baik dari golongan warga net, seleberti, ustaz mahupun para businessman.

Selepas satu isu datang, datang lagi isu yang lain pula. Kritikan, kencaman seperti tiada penghujungnya. Semua orang dalam keadaan sangat fragile dan sensitif. Aku faham.

Hari ini adalah hari ke 16 Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua orang mungkin sudah tidak boleh brain hidup didalam rumah dan tiada kebebasan untuk bergerak seperti dahulu. Tetapi apa yang boleh kita buat? Ini sahaja satu-satunya cara untuk memutuskan rantai (chain) penyebaran Corona virus ini. 

Bersabarlah.

Hari demi hari angka positif virus semakin meningkat dan jumlah kematian juga meningkat. Tetapi, aku juga mahu menghighlightkan jumlah yang sembuh juga ada peningkatan. “Tahniah para medical yang bertungkus lumus. Semoga syurga buat kalian!”

As for today, jumlah kes di Malaysia yang positif Covid-19 adalah sebanyak 2908 kes. Yang sudah sembuh seramai 645 orang dan yang meninggal dunia berjumlah 45 orang. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Semoga ujian ini segera berakhir dan kita dapat menyambut Ramadhan seperti biasa. Dapat pergi terawih, dapat berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dan semestinya dapat pergi bazar ramadhan seperti ramadhan yang lalu.

Aku tidak tahu apakah mungkin kita dapat merasai hari-hari yang mendatang seperti dahulu. Kerana aku yakin, ujian yang melanda diri kita ketika ini, pasti menjadikan kita seseorang yang berbeza dari yang dahulu. Ujian ini pasti meninggalkan satu kesan besar dalam diri kita semua. Maka, ingat dan belajar!

Negara Malaysia tidak pernah diuji bencana alam yang dasyat (nauzhubillah), mungkin kerana itu preparation untuk menghadapi this kind of massive, kita sangat lacking. We are new to this kind of test. But now we learned. We are forced to learn. And everyone is learning. Everyone starts from zero.

Disebabkan semua orang baru belajar dan sedang belajar untuk menghadapi dan mengadaptasi dengan situasi kritikal ini maka berlemah lembut dan berbaik sangkalah dengan semua orang. It needs zero cent.

Dikesempatan ini aku mahu pesan. Ingatlah orang yang serba kekurangan daripada kita. Jika mampu — bantu, jika tidak — jangan persulitkan.

Jaga percakapan dan penulisan di media social. Kalau tak ada kata-kata baik yang boleh dicakap atau ditulis, senyap dan move on adalah jalan yang paling baik.

Ini adalah ujian, maka marilah kita buat yang terbaik. Semoga kita keluar dari “dewan peperiksaan“ ini dengan markah yang cemerlang. Amin. InsyaAllah.

Aku doakan untuk semua!


0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!