Dari kedai tudung ke agensi hartanah

January 23, 2020

Lama juga gap antara post yang ini dengan previous post. Nak kata aku ni busy gila, tidaklah juga tetapi nak kata ada masa pun, tidak juga. Sekarang ini aku sedang ada mood untuk menulis, maka aku ambil kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak kehidupan aku selama aku menghilang dari blog ini. Jom! Sebelum itu...



How time flies so fast? I am entering the golden age. Hopefully this year I can be the better person than I was before. Amin!

Selepas aku grad tahun 2018 dalam bulan 7 tu aku pergi ke Korea. Menghabiskan masa dalam lebih kurang 5 bulan disana. Lepas tu aku balik Malaysia. Hati masih tak mahu bekerja tapi aku paksa-paksakan diri juga untuk cari. Mana tahu ada yang tersangkut.

Bulan Januari 2019 aku pergi interview sampai ke Pulau Pinang, tapi nak katanya bukan rezeki disana. Sempat aku melawat bestfriend aku, Kikin yang dah bermastautin di sana. Makan pasembur tepi laut sambil borak-borak pasal kehidupan. Biasalah umur 20an memang fasa mencari hala tuju. Dari satu topik ke satu topik.

Long story short, bulan July aku masuk kerja kat kedai tudung. Tempat aku kerja selepas tamat matrik dulu. It last for 3 months lepas tu aku dapat kerja kat syarikat hartanah bahagian pengurusan. Tapi, jodoh tak panjang kerana hujung bulan ini aku bakal menamatkan perkhidmatan sebab nak cari better opportunity.

So kiranya sekarang ini aku menghabiskan hari-hari terakhir disyarikat ini. Aku sudah deliver tugas-tugas kerja aku kepada orang baru. Harap-harap semuanya okay bila aku tinggalkan office ini.

Ayah aku selalu pesan pada aku dan adik-beradik, apa saja perkara yang kita mulakan, mulakan dengan niat yang baik dan cara yang baik. Dan bila kita mahu akhirkannya, maka akhirkan dengan cara yang baik juga.

Jangan tinggalkan 'tahi' ditempat orang atau di atas jalan orang lain. Walaupun orang laib mungkin buang tahi diatas jalan kita tetapi kita jangan buat begitu pada orang lain.

So aku selalu pegang prinsip ini.

Sepanjang kerja kat sini aku banyak gila aku dapat ilmu baru terutamanya tentang hartanah. Segala proses jual beli, perkhidmatan guaman, rumah subsale, rumah projek, tanah freehold atau leasehold, komisyen agent, kerja REN (Real Estate Negotiator) tak sama dengan REA (Real Estate Agent) dan banyak lagi. Rasa seronok sangat dapat ilmu melalui pengalaman sendiri. Perasaannya tak sama dengan ilmu yang kita dapat through membaca buku.

Aku kalau nak cerita pasal hal hartanah ni mungkin perlukan 10 ke 20 pages. Haha.

So overall aku boleh katakan, aku from Zero to Something.

Pada umur 25 tahun ni aku sudah berjaya unlocked achievement untuk tahu bagaimana cara nak beli rumah. Dan apa yang aku perlu prepare before and after proses pembelian rumah. Harap umur 26 tahun aku berjaya miliki property sendiri. InsyaAllah!

Nanti ada kesempatan aku cerita satu per satu pengalaman dan ilmu yang aku dapat sepanjang disini. Harap-harap rajinlah menulis. Huhu.

Mohon doakan keberjayaan aku untuk fasa seterusnya.





You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.