Tips dan tempat menarik travel di Pulau Jeju (part 2)

July 07, 2019

Sambungan Tips dan tempat menarik travel di Pulau Jeju (part 1)

Malas nak tulis intro panjang-panjang. Bukan kalian baca pun. Sobs ☹️ Sudahlah, aku merajuk. Eh.

Okey, aku nak sambung cerita tempat-tempat menarik di Pulau Jeju. Actually bukan tempat menarik la, tetapi tempat cantikgilanakmati. Hope you will enjoy it!

HADORI HABITAT

Hadori adalah sejenis burung. So Hadori habitat ni adalah tempat hidupnya burung hadori ni. Tetapi masa kami pergi, tak banyak burung Hadori yang kami nampak. Tetapi ada la juga. Tak dapat ambil gambar dari jarak dekat. Tempat ni dekat je dengan laut. Pastu ada satu coffeeshop yang cantik kat sini.


nampak tak tu burung hadori?

menyemak dalam semak

ibu dan selfie stick

ainiey dan jubah

cukup rare tak pakai jubah time travel? kejap lagi aku panjat gunung dengan jubah ni. Kau sabar jap, aku tunjuk gambar lepas ni. Entah berapa ratus kali ibu aku geleng-geleng kepala melihat anak daranya yang buta fashion ni. Ibu no fashion is a fashion tahu!

Yang sebenarnya aku bawa jubah ni nak senangkan hidup aku, tinggal sarung je. Tak payah susah hati nak cari matchy-matchy seluar baju tudung. Dahlah buat berat beg je, dengan baju sejuk sekali. Hahahaha, kita sempoi-sempoi saja deh. Ni tip travel dari aku pakai jubah untuk reduce-kan muatan barang dalam beg.


SEONGSAN ILCHULBONG

Seongsang Ilchubong ni orang kata kalau nak tengok sunrise sini memang port yang terbaikla. Tetapi aku tak berpeluang merasai sunrise kat peak Ilchubong ni. Hmm.. so sad. As if ada peluang lagi sampai sini, tengok sunrise kat peak Ilchubong akan termasuk dalam list penting la. Dan aku nak cakap jujur-jujur, tempat ini memang sangat-sangat-sangat cantik dan the view from peak is so breathtaking.

Boleh tak, nak ada rumah mengadap view macam ni?



ni view dari jauh. gambar bawah ni jalan nak naik Seongsan Ilchulbong




Permulaan dakian. Bukan beshe-beshelah daki bukit pakai jubah. Jangan pandang sebelah mata, okey!







Pendakian diteruskan..




Almost there...




MasyaAllah view diaaa..



Dah sampai kat peak.. ramai pula hagseng (student) kat sini. Tumpang lalu,dik..



Muka awkward..


Saya malu la...





Dah jom turun..




Bye Seongsan Ilchulbong. Rasa panas-panas kat kelopak mata ni. Hmm. Tak tahu bila akan ke sini lagi. 

Sesuatu tempat itu terasa bermakna ketika kita tidak tahu bila kita akan ke tempat itu semula. Kita akan rindukan tempat itu dan mengharap untuk kembali lagi.

Itulah overall perasaan aku disaat berjalan di Pulau Jeju. 

"People may not remember exactly what you did, or what you said, but they will always remember how you made them feel."

Aku mungkin boleh terlupa gambaran view tempat-tempat cantik yang pernah aku pergi, tetapi aku tak mungkin akan lupa perasaan yang aku rasa pada setiap tempat-tempat yang aku pernah pergi. Perasaan ketika aku mendaki Seongsan Ilchulbong, perasaan aku masuk gua manjanggul, perasaan aku berjalan di gigi air, perasaan aku menyentuh udara, perasaan aku menghayati kapal terbang lalu diatas kepala, perasaan aku menghirup kopi panas.

Perasaan itu tak mungkin boleh digambarkan apatah dikongsi, tetapi aku hanya mampu menulisnya. Dengan harapan,moga-moga kalian juga mampu merasai perasaan yang aku rasa. InsyaAllah.

Love,
AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.