move on dari hubungan yang toxic

July 17, 2019

Dalam dunia ni kan. Kau mungkin akan jumpa orang yang sayang kau dalam masa sama juga dia menyakiti kau. Tak mustahil. Mungkin orang itu dalam kalangan keluarga, mungkin dalam kalangan kawan-kawan atau kenalan atau pasangan.

Memang benda ni boleh berlaku. Dan tujuan aku menulis ini, aku just nak cakap kau tak keseorangan. Bukan kau saja yang rasa macam tu. So, jangan rasa down.

Disakiti oleh orang yang tak rapat dengan kita tidak sesakit dengan orang yang kita rapat dan kita sayang. Sometime the pain itself is unimaginable, unbearable.

Tapi, aku rasa memilih untuk berjuang dalam hubungan yang macam itu adalah satu tindakan bodoh.  Memilih untuk stay dalam toxic relationship bagi aku itu sesuatu yang sangat sia-sia.

Move on. Kalau mereka itu adalah keluarga, keluarlah dari tempat itu dengan cara baik. Kalau mereka kenalan, kawan atau pasangan, keluarlah dari hubungan itu dengan cara baik. Benda itu tak bagus untuk diri kau dari segi mentally, emotionally dan physically.

Memang ada masa kau perlu pentingkan diri especially kalau ia melibatkan kesihatan dan keselamatan. Jaga mental dan jaga hati kau elok-elok. Sebab dua benda itu sangat bernilai. Kau perlukan dua benda tu untuk berlari dalam kehidupan kau sehingga ke garisan penamat sana Kalau bukan kau yang jaga, tiada orang lain yang boleh jaganya sebaiknya.

Sayang diri sendiri. Jaga diri sendiri.




You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.