Kewarasan fikiran dan ketenangan hati

July 07, 2019


Hujan dari malam sehingga ke pagi. Sejuk dan nyaman menemani matahari yang mahu muncul dipagi hari. Aku rasa hari ini adalah hari yang baik. Aku mengharap mereka yang membaca tulisan ini, hari ini merupakan hari yang baik untuk kalian.

Kadang kala, kita sibuk atau kita terlupa untuk menghargai moment-moment yang sedang berlaku disekeliling kita. Cuba pandang sekeliling. 

Apa yang kalian nampak?

Apa yang kalian rasa?

Ambil sehelai kertas dan lukiskan perasaan kalian.

ni perasaan aku

Kita terlampau fokus dengan misi harian kita sehingga kita tidak sedar pada nikmat yang sedang mengalir dalam kehidupan kita. Kan?

Bagi aku, kewarasan fikiran dan ketenangan hati adalah nikmat yang paling agung dalam hidup aku. Aku tidak mampu membayangkan jika aku kehilangan salah satu darinya, bagaimanalah kehidupan aku pada ketika itu.

Hmm.

Aku percaya kewarasan fikiran dan ketenangan hati hanya boleh dicapai oleh diri sendiri. Orang lain tidak boleh membuat diri kita lebih waras atau lebih tenang, hanya diri kita saja yang boleh buat sebegitu. Hanya kita yang boleh mengawal diri kita.

Penerimaan orang lain (public acceptance) tidak akan buat kita rasa puas, malah mungkin boleh menyeksa dalaman kita. Maka, sentiasa ingat-ingatkan pada diri "Aku adalah diri aku. Aku ada hak untuk menjadi diri aku. Suara aku lebih penting dalam hidup aku."

Ketika kita mampu menerima diri kita (self-acceptance), insyaAllah kita akan rasa setiap hari adalah hari yang baik walaupun mungkin terselit satu dua moment yang tidak cantik. Itu adalah masam manis kehidupan. Tanpanya mungkin kehidupan kita akan terasa tasteless.

Aku harap kalian mendapat hari yang baik hari ini!

-AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.