Tips dan tempat menarik travel di Pulau Jeju (part 1)

May 15, 2019

Aku personally lebih suka cerita pasal Busan sebab my parents live there and in fact aku lebih familiar dengan tempat-tempat di Busan berbanding Seoul atau Jeju Island. Tetapi, aku takut orang bosan sebab asyik baca pasal Busan je kat blog aku. Maka post kali ini anggaplah ia sebagai snack sampingan untuk lari sekejap dari main dish aku. Well, bulan puasa begini metaphora aku pasal makanan je lah. Ihiks.

Di entri kali ini aku nak share pasal Jeju Island. Dari Malaysia nak ke Jeju Island sudah ada flight direct by Airasia. Kalau tak silap aku last two years, Airasia launched penerbangan terus ke Jeju Island. Empat kali seminggu (ni aku baru check kat website). Maybe tak lama lagi setiap hari ada flight Malaysia-Jeju and Jeju-Malaysia.


Before aku jejak kaki di Jeju Island, I'd been wondering why orang Malaysia suka sangat nak ke Jeju Island. Sikit-sikit Jeju. Tak Jeju, Seoul. Tak Seoul, Jeju. Dua tu je lah. After few researches, aku baru tahu yang Korea memang commercialize and promote dua tempat tu as tourism center. Busan masih baby lagi dalam sektor pelancongan.

However, aku tak akan deny yang Jeju Island memang sangat sangat sangat cantik. It's full of nature. Permandangan gunung-ganang, bukit bukau, black rocks tepi pantai, kincir angin, laut, clift semuanya wallahi cantik belaka. Yang aku paling suka, banyak gila coffee shop yang cantik, unik dan best kat Jeju Island. Ia best sebab most of coffee shop terletak di tepi laut. Cuba bayangkan minum coffee sambil layan permandangan laut yang tenang. Allah...! What a view, babe!

Coffee lover detected (yang sama macam aku, sep sikit!)


"Dear passenger, we are about to land at Jeju Island Airport. Please fasten your seat belt and remain seated. Thank you."



Mari kita mulakan pengembaraan di Pulau Jeju...


 JUSANGJEOLLI CLIFF

Tempat ini diiktiraf oleh UNESCO Global Geopark, meaning that, kalau kau tak pergi tempat ni, maksudnya kau tak sampai lagi la kat Pulau Jeju. Makcik Pakcik bawang tak akan percaya kau dah sampai Pulau Jeju selagi kalau kau tak tunjuk gambar selfie kau kat Jusangjeolli cliff ni. *Gitew*

So.. nah, gambar selfie kepala aku bersama ibu yang tengah keliru nak buat gaya yang paling trendy dimasa kini.

buat gapo tu, bu?

nah aku tuju lagu buat hilang-hilang bosan =)

 CHEONJEYEON WATERFALL

Tempat ni berdekatan dengan Jusangjeolli Cliff. Tak sampai pun 10 minit by car. Disini ada 3 jenis/port waterfalls. Waterfall level baby, level remaja and level dewasa. Tetapi, waterfalls kat sini dia ikut timing, kalau a day before hujan turun, so deraslah waterfalls tu. Kalau tak hujan, air nak terjun pun macam malu-malu nak turun.


jambatan ni melintasi sungai kat bawah

To be honest, aku tak buat itinerary travel untuk perjalanan di Jeju Island. Sampai airport, aku cari travel guide book, tengok map dalam guide book, then dari situ baru decide nak pergi mana. 



Most of tempat yang kami pergi adalah hasil terjahan and on the spot decision.

"Okey, abah lepas ni kita pergi mountain Sanbangsan pula. Nampak macam dekat je dari sini."

"Berehhh"

MT. SANBANGSAN

Ketika kami tengah confuse nak pergi mana, kami tengok peta, nampak MOUNTAIN SANBANGSAN ni berdekatan dengan  CHEONJEYEON WATERFALL. Jadi kami decide nak singgah situ. Tapi.. sebenarnya tak la dekat sangat dengan waterfall tu, it took about 30-45 minit to arrive here. Tempat ini juga tersenarai dalam UNESCO Global Geopark. Menariknya tentang gunung Sanbangsan ni adalah ia wujud ditengah-tengah kawasan rata. Toiinkk. Seketul gunung disitu. Big and solo. 

Gunung ni terletak berdekatan dengan laut dan di kawasan gunung ni ada temple yang agak besar juga and few coffee shops. Aku rasa kat Jeju ni banyak habiskan duit untuk coffee je lah, lagi-lagi pergi masa musim sejuk. Duit pun boleh keluarkan bau coffee tau.

inilah mountain sanbangsan. hei awak, apa pashal awak berdiri kat situ?
 belakang gunung, depan laut
 laluan ke laut tapi ada je jalan lain yang lebih dekat

Untuk transportation di Jeju, pengunaan kereta sewa sangat direkomendasi (recommended). Sebabnya, one spot to another spot, it took quite some times la nak sampai. So, nak perjalanan yang selesa, sewa la kereta. Unless kalau kalian ambil travel agency service, itu cerita lain.

MANJANGGUL

For the first time in my life, aku masuk dalam gua. It such an amazing experience.

Manjanggul adalah lava tube (laluan lava) yang ke-12 terpanjang didunia. Panjangnya about 9 km. Aku masuk dalam tu dan berjaya aku berjalan sampai 6 km ++. Honestly, aku ada la rasa seram-seram. Sebab I can't imagine what if Allah takdirkan tiba-tiba tempat tu ranap ketika aku dalam tu. Memikirkan dosa-dosa yang masih menggunung. Allah.. Terus insaf aku dalam gua tu. Tsk tsk.


Hmm. Bila masuk dalam gua ni, aku terfikir. No wonder la orang dulu-dulu pergi bertapa, dia orang akan cari gua. Selain memberikan kesan spiritual, ia juga menenangkan. Even Rasulullah saw juga menerima risalah pertama di dalam gua iaitu Gua Hira'. Pernah tak kalian tertanya, apa yang Rasulullah buat dalam gua tu? Why dalam gua instead of tempat-tempat lain?

This is fact. Bukanlah masa kali pertama Rasulullah pergi gua Hira', Rasulullah terus dapat wahyu. Sebenarnya Rasulullah memang sudah lama mengasingkan diri di gua Hira', longggg before he became a Rasul. Setiap kali bulan Ramadhan tiba, Rasulullah akan pergi ke gua untuk beruzlah - mengasingkan diri dari dunia. Khadijah ra akan pack makanan untuk Rasulullah sepanjang Rasulullah beruzlah.

Rasulullah mengasingkan diri dari dunia untuk cari something. Actually tiga perkara yang Rasulullah cari ianya adalah mencari Tuhan, mencari tujuan penciptaan diri dan mencari ketenangan. Kerana ketika itu, Mekah tempat Rasulullah lahir dan tinggal, memang tengah hectic and berserabut. Manusia menyembah berhala, bergaduh sesama kabilah, pastu bunuh anak perempuan kerana beranggapan anak perempuan ini akan memalukan maruah family. Hmm macam-macam. Kadang aku rasa zaman sekarang ni sudah kembali macam dulu.

Rasulullah beruzlah kerana mencari something yang boleh memberi jawapan dan jalan penyelesaian kepada persoalan baginda. Maka setelah sekian lama Rasulullah beruzlah - mengasingkan diri, maka pada satu malam dibulan Ramadhan, turunlah malaikat Jibrail ke bumi dengan membawa 5 ayat pertama iaitu dalam suruh Iqra'.

"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

"Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku."

"Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah."

"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan."

"Dia menangajar manusia apa yang tidak diketahuinya."

#FAKTA1
Lima ayat pertama ini adalah jawapan kepada masalah Rasulullah dan jawapan kepada kita. "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

Simbolik kepada bacalah adalah menuntut ilmu/ mencari ilmu dengan nama Tuhan yang menciptakan makhluk. So everything starts with knowledge. Nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat kena ada ilmu dan nak kedua-duanya juga kena ada ilmu.

#FAKTA2
Kerana ayat ini turun, Ustaz Ustazah selalu beritahu kat kita, bulan Ramadhan ini bulan turunnya al-Quran. Kerana peristiwa wahyu pertama belaku adalah ketika Rasulullah sedang beruzlah di dalam gua pada bulan ramadhan.

Faham, Cu? Macam mana Nek boleh tahu? Nek baca buku sirah raheeq al-makhtum. Dalam buku tu cover keseluruhan kisah hidup Rasulullah sebelum dan setelah menerima wahyu. Ini selingan je, travel sambil mentadabbur sirah Rasulullah saw. MasyaAllah, sisterr.


Harap suatu hari nanti dapat jejak kaki di Gua Hira' pula. Amin. Cepat semua. Ramai-ramai sebut Aaamiinn. Bagus bagus!

"Iya, cikgu. Kenapa?"

"Kenapa, kenapa?"

"Tadi cikgu panggil saya."

"Bila masa pula?"

"Aaamiin.. tadi?"

"Kamu ni...kang cikgu cepukk kang"

Lapar, nak pi masak sat. InsyaAllah nanti aku update part kedua. Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Thank your for reading. Jumpa lagi di post yang seterusnya. Bye!

My travel stories: INDONESIA | JAPAN | KOREA | SINGAPORE

You Might Also Like

1 comments

Thank you for leaving some comments here.