Resepi Chesskut Coklat (Biskut cheese coklat)

May 10, 2019

Hi, assalamualaikum!


Kembali semula dalam rancangan ketuk-ketuk romadhon. Ha.. dah berbuka ke tu? Sabar jap, azan belum berkumandang lagi. Lap air liur yang meleleh tu, Poyah. 

Poyah.. Poyah.. cuba behave sikit perangai tu. Aishh.

Hari ini aku nak share resepi cheeskut coklat. Aku pesan awal-awal, resepi ini hanya untuk dua golongan saja. Golongan pertama, orang yang rajin gila namati. Golongan kedua, orang yang tak pernah wujud definasi diet dalam hidupnya. Untuk dua golongan ini, anda dipersilakan masuk.

Ha, markonah! Masuklah.

This is how it looks like

Okey, bahan-bahan yang diperlukan;

1) Biskut
2) Cheese
3) Air coklat
4) Coklat
5) Susu pekat manis
6) Kasih sayang

Lima bahan sahaja. Yang ke-6 tu pelengkap. Muhehehe.

First, buat bancuhan cheese dulu. Cara-caranya adalah cairkan cheese. Nak guna microwave boleh, nak panaskan atas dapur masak pun boleh. Bila Cheese dah cair, masukkan pula susu pekat manis. Gaul sehingga cheese and susu pekat menjadi sebati. Settle.

aku guna cheese ni

Kemudian cari bekas untuk susun biskut dan cheese di dalamnya. Kita akan buat layer by layer.

Pertama sekali celup biskut dalam air coklat.


Kemudian susun biskut tu dalam bekas. 


Then, layer-kan diatas biskut tu cheese yang dah dicairkan tadi.


Dah letak cheese tu rata di atas biskut? Okey, bagus. Sekarang ambil coklat bar, tak kisah lah jemana apa, potong kecil-kecil comel-comel maaacam orang yang tengah baca ni. (eii suka lettew orang puji dia) 


then tabur/susun/letak coklat yang sudah dipotong itu atas cheese.


Ulang step yang sama sampai 3-4 layer. Biskut, Cheese and coklat. Ikut kesukaan kalian lah nak tebal macam mana. 

Dah settle?

Masukkan dalam microwave seminit. Untuk cairkan coklat. But, if you don’t want it, it’s okay.


Letak dalam peti ais sekejap. Lepas tu boleh dipotong dan dihidang. Yeay! Ngap ngap. Aipp, puasa la. Tunggu berbuka nanti.

Selamat mencuba. Kalau menjadi cheeskut coklat kalian, komen kat bawah or tag hasilnya di Instagram (@ainieyshah)

Bye! Selamat berpuasa.

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.