Ramadhan Diary | Perjalanan menuju Tuhan

May 19, 2019


Hari ini ramadhan yang ke 14. Sudah genap dua minggu ummat Islam berpuasa. Bagaimana ibadah kalian? Bagaimana malam-malam kalian? Dihabiskan dengan apa? Bagaimana siang-siang kalian? Diisikan dengan apa?

Aku tersentap membaca caption postingan sahabat aku di media sosial. "Kalau Ramadhan sudah tidak mampu membuatkan kita semangat untuk beribadah, mungkin hanya tinggal kematian sahaja yang mampu membuatkan kita menyesal meninggalkan ibadah."-UAI

Semalam dan hari ini, dimana-mana orang menceritakan tentang kematian. Pengasas Dnars kosmetik dan chef selebriti Adam (Adamdidam) telah dipanggil pulang oleh Tuhan. Diusia masih muda Allah telah tetapkan perjalanan mereka sudah berakhir. Bagaimana dengan kita?

Ketika kematian menghampiri, ketika malaikat sudah menanti disisi, walaupun sesaat tidak mungkin terlambat mahupun tercepat. Allah kata pulang, pulang.

Hmm.

Aku ada dengar kuliah dari seorang ustaz. Katanya, perjalanan seorang manusia bermula ketika dia lahir, tetapi perjalanan seorang hamba bermula ketika dia mengenal isi al-Quran. 

40 tahun Rasulullah menjadi seorang manusia. Namun, pada satu malam di dalam bulan Ramadhan malaikat Jibril datang kepada Rasulullah membawa wahyu pertama (isi al-Quran). Hadirnya surah ini mengubah 360 darjah seorang manusia biasa kepada hamba dan messenger Tuhan. Lima ayat pertama surah al-Alaq.

"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

"Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku."

"Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah."

"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan."

"Dia menangajar manusia apa yang tidak diketahuinya."

Untuk aku, kalau ditanya surah apa / ayat apa yang paling aku sukai dalam al-Quran, surah al-Alaq lima ayat pertama adalah jawapan aku. Kerana surah ini adalah jawapan untuk segala persoalan dalam hidup aku dan surah ini juga adalah hijrah pertama dari seorang manusia menjadi seorang hamba.

Orang tanya, apa yang signifikannya menjadi seorang hamba?

Sangat signifikan.

Kerana ketika aku berbuat dosa, aku adalah manusia. Dan aku tak akan mampu lari dari berbuat dosa. Namun, ketika aku bertaubat, aku adalah hamba. Aku berlari pada Tuhan untuk Dia ampunkan dosa-dosa aku.

Cuba tengok filter air yang tidak pernah dicuci. Kotor? Hitam? Berlendir?


Seperti itulah manusia dan dosa.

Kalau tiada filter, manusia dan dosa akan hidup bersama-sama. Kotor, hitam dan berlendir. Tetapi, dengan adanya taubat, ia akan filter out segala kekotoran, kehitaman dan kelendiran yang pernah kita ada/buat dari hidup.

Taubat betul-betul, filter pun akan function dengan betul.
Tapi kalau taubat main-main, hmm.. kalian tahu jawapannya.

Apa yang signifikannya menjadi seorang hamba? Sangat signifikan.

Dosa menjadikan aku manusia.
Taubat menjadikan aku hamba.

Dosa, Taubat.
Dosa, Taubat
Dosa, Taubat

Itu sahaja solusinya.

Allah tak kata yang akan masuk syurga itu adalah manusiaNya, tetapi Allah kata yang masuk syurga itu adalah hambaNya. Meaning that, syurga itu bukanlah untuk manusia yang tak pernah buat dosa. Tetapi untuk mereka yang berbuat dosa dan bertaubat atas dosanya.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya..
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu....
Dan masuklah ke dalam syurgaKu...
(Surah al-Fajr 89:27-30)

Sekarang aku faham kenapa Allah kata "Dia menciptakan manusia dari air..." Maybe literally, ia adalah air mani tetapi kalau difahamkan sifat air itu secara mendalam, kita akan tahu sebenarnya Allah nak beritahu air ini boleh dibersihkan. Manusia ini boleh dibersihkan. Iya, dibersihkan dengan taubat.

Tiba-tiba. Syahdu..

Allah selalu back-up manusia dan Allah selalu sangka baik dengan manusia. Even masa kali pertama Allah decide nak cipta manusia dan nak jadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Malaikat tanya Allah, 

"mengapa Kau mahu jadikan sesuatu yang akan membuat kerosakan didunia dan saling menumpahkan darah?..."

"....padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan Engkau."

Kalau aku letak posisi aku diposisi malaikat, aku juga pasti akan question benda yang sama. Malaikat ini tak pernah buat dosa, patuh segala apa yang Allah tetapkan. Tiba-tiba Allah nak cipta sesuatu yang akan bawak big mess and disaster dibumi sebagai khalifah (pemimpin) bumi. It's sooo WHY??

kalau aku nak interprate ayat manusia;

"aku ni sentiasa bertasbih memuji dan menyucikan Kau. sentiasa follow arahan Kau. sentiasa patuh setiap apa yang Kau tetapkan. tidak pernah ingkar walaupun sekali. tetapi, kenapa Kau nak cipta sesuatu yang erghhhhhhh. Tidak cukupkah kami ini? Tidak baguskah kami ini? Tidak bernilaikah kami ini?"

tsk tsk.

Ia macam situasi kau adalah pekerja yang paling bagus, paling setia, paling all out. Tiba-tiba satu hari, bos kau nak hire seseorang yang kau kenal dan dia tu adalah manusia yang akan buat masalah dalam company. Then, kau tanya boss, kenapa hire dia. Dia akan buat masalah kat company. Kau explain segala benda.

But then boss kau cakap "AKU TAHU APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI"

Apa kau rasa? Walaupun malaikat tu tak macam kita, tapi situasinya seperti itu. Tuhan back-up manusia macam itu. Tuhan menangkan manusia macam itu.

Tuhan ni..baikkan?

tsk tsk.
so..
back to basic..

FIRST. Allah memang sangat bersangka baik dengan manusia sebab Allah sayang semua yang Dia cipta.

SECOND. Allah sahaja yang tahu setiap satu dari kita. He knows exactly who you are. Jadi kembalilah pada Dia. Setenang bayi yang hidup di rahim ibu, lebih tenang lagi seorang hamba dipeluk Rahim Tuhan.

THIRD. Jangan kecewakan kepercayaan yang Allah bagi.

FOURTH. Malulah sikit dengan malaikat. They are the most perfect creation, yet they are humble and accept whatever Allah decides for them.

FIFTH. Perjalanan menuju Tuhan ini kadang kala terasa jauh. Jauh bukanlah kerana jaraknya tetapi kerana perasaannya. Tetapi, itulah namanya perjalanan. Adakalanya melelahkan, adakalanya melemahkan. Kerana dunia ini memang tempat berpenat-penatan. Disyurga nanti rehatlah sepuas-puasnya.


InsyaAllah. Aim nak jumpa Tuhan, nak berbicara dengan Tuhan, nak berborak dengan Nabi Muhammad, nak bergurau dengan Khalifah Rasyidin dan sahabat lain. Mungkin tak layak, tetapi tetap nak cuba juga.

Ramadhan ke-14
Ainieyshah 😊

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.