Mutabaah Amal Tracker (MAT) | Cara untuk disiplinkan diri dibulan Ramadhan

May 04, 2019

Assalamualaikum. 안녕하세요!
Sedar tak sedar Ramadhan kembali menyinggah dalam hidup kita. Mesti kalian sudah prepare macam-macam untuk menyambut Ramadhan, kan? Mesti rasa tak sabar nak mengaut banyak-banyak pahala dalam bulan Ramadhan nanti, kan? Yelah, bulan Ramadhan ni saja lah, umat Islam dibolehkan untuk jadi seorang yang tamak, lagi tamak lagi bagus. Eh, bukan tamak beli makanan kat bazaar tapi TAMAK PAHALA.

Ada peluang buat kebaikan, buatlah. Ada peluang nak bersedeqah, sedeqahlah. Ada peluang nak baca Quran, bacalah. Ada peluang nak tahajud, tahajudlah. Semua orang berhak untuk tamakkan pahala. 

"Hipokritlah, time ramadhan je nak buat baik, time ramadhan je baru tutup aurat, time ramadhan je baru la nak sedeqah."

Haip! Haip! Babab kang!

Bila dengar orang cakap macam tu, kau cakap kat orang tu kuat-kuat. "Kau diam syertannnn! Shuhh shuhh." Tapi dalam hati je lah. 

Sebenarnya, orang yang macam tu, dia nak buat kebaikan juga, cuma dia malu. Bila dia nampak kau sudah buat dulu, tu yang dia rasa tercabar. Tak apa, kau teruskan buat kebaikan, semoga itu menjadi salah satu hidayah untuk orang tu buat kebaikan juga.

Bak kata orang putih, "You throw lemon, I make lemonade honey with it"

Ramadhan cuma sebulan. Satu bulan yang sangat precious untuk seorang muslim. Kalau boleh tak nak miss apa jua kebaikan yang mampu dibuat. Tetapi.. sejujurnya, bagi aku perosonally, untuk keep on sustain dalam perjalanan mengaut pahala dibulan Ramadhan ni, kadang-kadang ada masanya aku tiba-tiba rasa 'pancit' and sometime lost.

Awal Ramadhan satu hari satu juz, awal Ramadhan rajin bebenaw tadabbur Quran, bila semakin banyak hari berlalu semakin sikit pula jumlah page Quran yang dibaca semakin sedikit amal yang dibuat. Tahu-tahu je dah lost. 


"Eh, hari ini dah baca Quran ke belum?" 
"Eh, hari ini dah sedeqah ke belum?" 
"Eh, malam tadi bangun tahajud ke tak?"
"Eh, siapa delivery KFC ke rumah ni?"  

Begitulah drama Nek, Cu. Pelupa tu tak boleh nak simpan. Walaupun syaitan dah kena ikat, tetapi Nek masih boleh rasa ada syaitan berlegar-legar kat diri Nek. Ke diri Nek ni yang syaitan, Cu? Entahlah, Cu. Tsk tsk. Sedih memikirkan hal ini, Cu.

Disebabkan aku mudah lost track, maka pada tahun 2016 aku come out dengan solution yang effective untuk aku. Solution untuk tolong aku sustain dalam berbuat amal di dalam bulan Ramadhan ini. Hurm..tak sia-sia belajar engineering. Skill problem-solving aku terasah la juga. *kembang hidung, mata pandang atas*

Aku namakan solution aku : Mutaba'ah amal tracker (MAT)

Mutaba'ah amal tracker adalah sejenis check-list berjadual yang mana setiap kali aku berjaya buat sesuatu amal yang aku sudah target, aku akan mark di MAT.

As a result, aku akan rasa betapa tak bestnya bila ada amal yang tidak berjaya dibuat sebabnya aku akan nampak cacat cela pada aku punya MAT.

MAT ni ada dua versi: analog atau digital.

Analog tu maksudnya aku print MAT tu then aku letak kat tempat yang aku selalu nampak.  So, setiap kali aku berjaya solat awal waktu, aku mark kat mutaba'ah amal tracker. Kalau tak berjaya, aku biarkan kosong lompong. Habis seminggu, cuba tengok banyak tak lompong-lompong tu? Kalau banyak lompong, next week usaha lagi.


Nak full version boleh download kat sini 

Cara nak guna Mutaba'ah amal versi analog ni
1) Download full version
2) Print
3) Tampal kat mana-mana tempat yang senang nampak
4) Tick column kalau kalian berjaya complete task 'Tamak Pahala'

Note: Nampak tak ada dua column kosong tu? Ha yang tu, kalian boleh letak apa-apa amal/target yang kalian nak buat. Contoh nak pakai tudung waktu siang, tak nak mengumpat dipejabat, tak nak cakap kasar dengan keluarga, etc.. Tak apa la walaupun sekecil-kecil amal pun. Cuba la buat secara konsisten. Pelahan-pelahan kayuh, ye Cu.

Digital pula, ia lebih user-friendly untuk orang yang duapulohempat jam berkepit dengan handphone. Apa yang best Mutaba'ah amal tracker digital? Setiap kali aku berjaya buat satu amal, aku buka App then aku mark kat column yang dsediakan. Tak perlu nak cari pen or highlight. Guna saja warna yang ada dalam App. It's sooo easy and colourful. Boleh access through mobile or laptop. Kat bawah ni contoh aku punya mutaba'ah amal tracker tahun 2016 dan 2017.

web version 2016

web version 2017

mobile version 2016 (horizontally)

mobile version 2017 (horizontally)


mobile version 2016 & 2017 (vertically)

Cara nak guna Mutaba'ah amal versi digital ni
1) Download App Google Sheets (you might need to sign in first)
2) Click this file, you will be forwarded to app google sheets
3) Click button Image result for button three dotstop-right > share & export >  save as >  Excel (.xlsx)
4) Sudah save, then boleh lah guna MAT dengan girang gembira

Note: Keistimewaan versi digital ni, kalian boleh adjust sendiri nak letak berapa banyak task 'Tamak Pahala" or nak letak target or quantiti yang kalian buat untuk diri sendiri. Editable la senang kata. Contohnya Munah nak baca quran satu hari satu page. Tetapi Senah pula nak baca satu hari setengah page. Terpulang mengikut kemampuan masing-masing.

Kewujudan MAT ni sangat membantu aku untuk mendisiplinkan diri dengan cara yang menyeronokkan. Jadi, benda best kena la share dengan orang lain. Kalian boleh download MAT versi analog and digital secara free. Just ikut je 'cara nak guna' yang aku tulis diatas. Semoga MAT ni bermanfaat untuk sesiapa yang menggunakannya.

Ramadhan Mubarak, semua!

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.