Ramadhan Diary | Menziarahi orang sakit

May 27, 2019


Kasih sayang adalah satu penawar yang mampu menyembuhkan segala penyakit. Penyakit secara fizikal, penyakit secara mental mahupun penyakit rohani. Dan orang yang paling luar biasa kasih sayangnya adalah Rasulullah saw 😭

Aku rasa kasih sayang Rasulullah tu sangat luar biasa. Kerana kasihnya, baginda sanggup bersusah payah demi ummatnya. Kerana kasihnya, menitis darah Rasulullah di taif. Dibaling batu, dihina, dikeji oleh budak-budak kecil. But still, Rasulullah masih boleh bersangka baik dan mendoakan kebaikan mereka. Dan ketika dihujung hayat baginda, aku tak boleh brain macam mana Rasulullah masih memikirkan ummatnya. Dalam kesakitan sakaratul maut, masih boleh mengharap segala kesakitan sakaratul maut ummatnya dipindahkan pada baginda.

tak.
boleh.
brain.

..... tsk 😭

Rasulullah tu... luar biasa kan kasih sayangnya?

Ketika Rasulullah masih hidup, Rasulullah pesan, "Tu anak yatim tu, jaga. Tu orang sakit tu, ziarah." Pada mulanya aku tidak nampak apa benefit-nya. Tetapi selepas aku cuba rasai sendiri, aku mula faham kenapa Rasulullah pesan begitu.

Ketika kita membantu anak yatim dan menziarahi orang sakit, mungkin benar kehadiran kita memberi sedikit kegembiraan pada mereka. Mungkin benar kehadiran kita dapat meringankan beban mereka. Mungkin benar kehadiran kita telah menceriakan hari mereka. 

Tetapi, yang sebenar-benarnya, disebalik itu, ketika kita membantu anak yatim atau menziarahi orang sakit, ketika itu Tuhan sedang menyembuhkan hati kita yang sakit. Tuhan sedang membaiki roh-roh kita yang rapuh. Tuhan sedang memulihkan semangat kita patah. Tuhan sedang meniupkan nafas baru dalam kehidupan kita untuk kita sedar kita hidup kat dunia ini bukan seorang diri.

Itulah benefit yang aku sendiri rasa.

Melihat kekurangan pada orang, menyedarkan kita betapa lebihnya kita daripada mereka. Maka syukur. Melihat kesakitan orang, menyedarkan kita betapa sihatnya kita daripada mereka. Maka syukur.

Kita terlalu biasa melihat lebihnya orang, sehingga kita lupa apa yang kita ada dan lupa untuk tahu bersyukur atas nikmat itu. Maka, pulihkan keparahan hati kita dengan melihat orang yang kurang daripada kita. Ajarkan hati kita untuk sentiasa rasa cukup (qanaah) dan rasa syukur.

Untuk ingatan aku yang selalu leka dan kurang peka.


“Perumpamaan orang-orang Islam di dalam berkasih sayang dan bersaudara adalah seperti tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya mengadu kesakitan maka anggota-anggota lain juga akan ikut merasakan sakitnyanya dan tidak tidur malam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga aku jadi lebih peka jika ada anggota badan yang sedang sakit.

Untuk nurse dan kaki tangan hospital, semoga Allah membalas kebaikan kalian atas khidmat yang kalian curahkan. Tidak terbayang pengorbanan kalian untuk ummat. Semoga Allah redha :)

Balik dari program aku termenung sejenak didalam kereta. Hmm.. sebenarnya bukanlah aku membantu mereka, tetapi mereka yang membantu aku mencari diri aku. Bukanlah aku membahagiakan mereka, tetapi mereka yang memberi kebahagian dalam diri aku. Mengisikan ruang-ruang kosong dalam hati aku, memulihkan semangat-semangat yang patah dan memberi harapan-harapan baru dalam hidup aku. Harapan untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Terima kasih tak terhingga pada yang terlibat.
Semoga Allah redha seredha redhanya.

-AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.