Travel ke Singapura dengan tambang RM2.30

Ini bukan scam, ini betul-betul punya cerita, tarak tipu tau. Nak tahu macam mana dengan RM2.30, kalian boleh masuk ke Singapura dan melancong puas-puas disana? Kalau nak tahu, bacalah sampai habis. Jengjengjeng. Mesti tak percaya, kan? Hurm, tengok muka tu dah tahu dah.

Aku ada seorang mak saudara, Cik Ani yang sudah menjadi warga negara Singapore. So, hampir setiap tahun, kami akan datang beraya ke rumah Cik Ani. Macam-macam peristiwa pernah berlaku, yang passport dah expired la, yang stuck pastu kena escort balik ke Imigresen Malaysia la, yang sakit perut territory kat imigresen sebab makan rendang banyak sangat la. Adoyai, drama dihari raya.

Kami biasanya masuk Singapore pagi, keluar Singapore petang. Lepas tu sambung beraya di Johor pula.

Toa Payoh

Untuk rakyat Johor atau adik-adik UTM yang tengah belajar kat UTM, ini kak long kawasan nak share cara paaaalingg murah untuk masuk Singapore. Kak long faham, kalian nak pergi jalan-jalan luar negara tapi budget tak ada pula. Kalau boleh nak spend less, enjoy more kan?

So, kak long suggest untuk pergi ke Singapore. Belajar 4 tahun kat Skudai tapi tak pernah sampai Singapore, rugi sayang.

Okay, first thing first, step pertama nak masuk negara orang mestilah kena ada PASSPORT. Tak ada passport, jawabnya, sekian terima kasih la..

Next step....

Pergi ke Terminal Larkin dan cari bas SBS Transit. Sekarang Larkin dah maju gila, macam TBS. Lebih sistematik dari dulu. Kalau nampak signboard "Bas Berhenti-berhenti" pergi kat area tu, nanti mesti kalian akan jumpa bas SBS Transit. Kalau tak jumpa, tanyalah orang. Malu bertanya sesat jalan.

Bas no. 106 | 107 | 107x atau tulisan Woodland | Kranji | Jurong East atau masih tak yakin, tanyalah direct pada driver tu "Bas ni pergi Kranji?" Kalau dia jawab iya, so naiklah. Bayar RM2.30 pada driver tu. Nanti driver akan print tiket kecil warna pink.


Tiket Bas SBS Transit

Bas akan bergerak dari terminal Larkin, Johor ke Kranji, Singapura. Tetapi bas ni akan berhenti dua kali, di Imigresen Malaysia (scan passport keluar negara) dan Imigresen Singapura (scan passport masuk negara). Jadi, ketika bas berhenti di Imigresen Malaysia, kalian perlu turun bas dan bawa barang-barang sekali (kalau ada) then pergi ke automatik gate untuk scan passport. 

Kemudian kalian naik bas SBS transit semula walaupun ia mungkin bukan bas yang kalian naik masa mula-mula tadi. Tapi naik je.

Then, bas akan lalu satu jambatan, kalian akan nampak Imigresen Singapura pula. Okay, masa ni line telefon sudah hilang la. Sebab dah masuk negara lain, kan. Melainkan kalau kalian buat data roaming. Then, turun dari bas sekali lagi, untuk isi satu borang dan cop passport masuk Singapore. (Preparation: bawalah pen sebatang, sebab kat imigresen tak disediakan).

Borang yang perlu isi
Dah cop passport means kalian dah officially dine markah masuk Singapura. So, apa lagi, lari pecutlah ke tempat menunggu bas sebab nak dapatkan seat kat dalam bas. Kalau tak kena berdiri. Hahaha. Lebih kurang 10 minit sampai lah di station Kranji.

Okey, kenapa Kranji? Di Kranji ada MRT yang menghubungkan satu Singapura. Nak pergi Woodland boleh, nak pergi Marina Bay boleh, nak pergi Universal Studio pun boleh. Survey tempat yang kalian nak pergi kemudian study map MRT. Ada apps lines train map. Boleh download siap-siap.

Tiket MRT (boleh top up berkali-kali)

Untuk yang tak tahu nak pergi mana, pastu dah bosan jalan-jalan di Jaybee (Johor Bahru), kalian boleh la try berjalan-jalan di Singapore. Take MRT then pergilah mana-mana. Aku biasanya berjalan di Marina Bay. Waktu malam ada water show kat area Marina Bay ni.








Nak feeling-feeling berada di China, boleh pergi ke China Town. Nak cari street food yang murah-murah boleh pergi ke Bugis street market.




So sekarang percaya tak, dengan hanya RM2.30, kalian boleh pergi travel ke Singapura. Wah wah wah, murahnya!

Lepas ni, jangan ada lagi yang terkilan atau menangis teresak-esak tepi bucu katil sebab dah duduk Johor bertahun-tahun tetapi tak pernah jejak kaki di Singapore. *lap hingus tu* 

Tak perlu nak pening kepala sebab nak beli flight tiket untuk masuk Singapore . Naik saja bas SBS Transit. Zupzap zupzap.. Sampai Singapore.

Semoga bermanfaat dan Selamat travel!

My travel stories: INDONESIA | JAPAN | KOREA

Ps: Selamat berpuasa kepada semua pembaca AH Blog. 

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!