Bukti kehidupan manusia yang Allah telah ubah 360 darjah

May 27, 2019


Allah tidak menyembunyikan masa lalu Umar ra. Dia pernah membunuh anak perempuannya, dia pernah minum arak, dia pernah menyembah berhala dan dia pernah cuba untuk membunuh Rasulullah saw.

Allah tidak menyembunyikan masa lalu Abu Sufyan ra. Dia pernah menentang dakwah Rasulullah, bersekongkol dengan abu Lahab dan abu Jahal. Dia juga pernah mengambil harta2 yang ditinggalkan oleh orang muslimin yang berhijrah ke madina, lalu tanpa malu dia menjadikan ia barang dagangan sehingga menjadi faktor pemula peperangan badar.

Allah tidak menyembunyikan masa lalu Khalid al-walid ra. Dia pernah memerangi rasulullah dan para sahabat di peperangan Uhud. Kerana pasukan berkuda Khalid al-walid menyerang secara tiba-tiba, ramai para sahabat yang syahid termasuk bapa saudara rasulullah, Hamzah ra. Rasulullah juga cedera teruk di peperangan Uhud.

Umar, Abu Sufyan dan Khalid al walid juga mempunyai masa lalu yang gelap. Dan Allah tidak menyembunyikan masa lalu mereka di dalam sirah. Allah tidak tutup kisah-kisah gelap mereka dari pengetahuan kita.

Kenapa?

Sebabnya Allah nak beritahu pada kita, segelap mana pun kehidupan kita dahulu/sekarang, sejahat manapun diri kita didunia ini, setinggi gunung apapun dosa kita pada Tuhan...

adalah tidak mustahil untuk Tuhan ubah hidup kita 360 darjah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak mustahil.

Umar adalah antara sepuluh sahabat dijamin syurga. Abu Sufyan adalah pemula generasi khalifah umaiyah. Khalid al walid digelar pedang Allah.

See?

Such incredible story! Maka, tidak perlu lari dari siapa diri kita yang dulu. Embrace and improve.

Kau tak perlu jadi orang lain untuk jadi baik. Kau just perlu kenal Tuhan dan Tuhan akan buat kau kenal diri kau. Tuhan akan buat kau tahu nilai kau. Tuhan akan appreciate kau. Tuhan akan angkat level kau.

Tuhan sangat mampu untuk ubah diri kau. But, first.. kau perlu—mahu

itu saja kuncinya. kalau kau tak mahu, satu benda pun tak akan jalan. 

Hanya Tuhan saja yang mampu memuliakan Umar, Abu Sufyan dan Khalida al-walid. Dan Tuhan yang sama itu juga akan memuliakan kau. Let's go back to Allah.

-AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.