Tempat shopping murah di Busan, Korea

April 25, 2019

"Abang Dollah, Leha nak cari set cadar Korea yang murah-murah lah.
Tapi tak tahu nak beli kat mana."

"Leha sayang.. Ini Abang Dollah okay.
Abang tak akan bagi Leha kesayangan abang ni kecewa.
Jap, bagi abang google sat."


Hi, berjumpa lagi dalam blog aku yang suam-suam kuku ni. Kalau kalian belum baca lagi Tips melancong/berjalan-jalan di Busan, Korea dipersilakan untuk baca entri tu kerana aku ada share tips dan tempat-tempat menarik di Busan yang paling wajib kalian pergi ketika sudah sampai di Busan.

Aku pernah juga share Tips membeli belah di Korea sebagai guideline untuk mereka yang nak membeli belah di sana, tetapi entri itu di-publish ketika aku di Seoul. However, it's still relevant and valid when it comes to shopping in Busan.

Kalau bosan, nah aku tuju lagu happy2 sikit.

Di Seoul, tempat-tempat seperti Namdaemun, Dongdaemun, Myeondong atau Insadong merupakan tempat yang sangat popular dikalangan penyopping-penyopping tegar (erm jahanam bahasa melayu aku). Segala jenis barang seperti pakaian, kosmetik, alat elektronik, kain ela, cadar, broach dan macam-macam lagi boleh didapati disana. Sebutlah barang apa saja, pasti ada. Tetapi, bagaimana pula di Busan? Adakah Busan bandar yang bosan? Hmmm...

Entri kali ini, aku akan jawab persoalan itu. So, izinkan aku share tempat-tempat membeli belah di Busan, Korea. (alah, kalau tak izinkan pun, aku nak tulis juga bluek 😜) Tetapi sejujurnya, kalau kalian mempunyai calculator dalam otak yang sentiasa convert currency KRW-MYR, sebenarnya tak ada la murah sangat barang-barang kat sini.

Standard harga baju di Korea sama saja dengan di Malaysia. Baju yang harga 10'000 won pun dah RM36. 10'000 won tu kira murahlah. Tetapi, kalau pandai cari kedai, baju harga 5'000 won pun ada sebenarnya. Kalau kalian jumpa, harga tu memang dah murah sangat-sangat tau. Grab je kalau berkenan. Jangan pening-pening kepala dah.

(5'000 won = RM18 tu benchmark untuk clasify harga baju tu murah bagi aku.)

Okay, ceritanya sekarang, kat mana nak shopping tu?

1) Nampodong street


Kalau kalian ambil subway (train bawah tanah), kalian nak turun kat station Nampo boleh, nak turun kat station Jagalchi pun boleh. Sebabnya ada Underground Shopping Centre yang menyambungkan kedua-dua station tu. Beratus-ratus kedai dalam underground shopping centre tu, and mostly, jual pakaian, kasut, beg, accessories phone and kosmetik. Harga, okay lah. Murah. (please, jangan convert, please!)

Di Nampodong street ada Gukje market yang jual souvenir, pakaian, kasut, perkakas dapur like periuk belanga, kain ela, pelbagai jenis beg dan macam-macam lagi ada kat sana. Boleh dapat harga discount, lagi-lagi kalau beli banyak. Barang vintage, alat elektronik lama untuk orang yang suka kumpul khazanah, ada juga dijual. Oh yea, kalau nak mencuba street food korea, kalian boleh dapat di Nampodong street and Gukje market. Halal tak halal, aku akan share di entri lain.

Makcik-makcik kalau datang Gukje market ni, kebanyakannya nak cari periuk belanga dan pinggan mangkuk je. "Beli berkotak-kotak, haa sudahmya siapa nak angkat, mak?" Aigoo. Tapi, serious murah weh. Tak percaya, tanya mak Yah..

"Mak Yah, periuk ni beli kata mana?"

"Nampodong."

"Murah, tak?"

"Ya, Tuhan.. bergetar tempurung lutut aku ni tengok harga. Ajusshi, dari kanan sampai hujung sana bagi satu set semua, masuk kotak yea."

Begitulah nak katanya favorite place untuk makcik-makcik. Layankan je lah. Kalau mak or mak mertua merajuk, belikanlah set periuk or set pinggan mangkuk or perkakas dapur untuk mereka, for sure selepas tu mereka akan tersenyum lebar.

"Mak mak.. mak marah lagi?"

"Tidak, nak.." Lalalala.

Gitew.



2) Jagalchi Market

(cari gambar Jagalchi dalam hardisk tak jumpa pula, pinjam google dulu)

Nampodong street dan Jagalchi market ni across the road je. Dekatlah nak katanya. Disana ada jual barang-barang basah macam ikan, sotong, udang dan segala makanan laut la. Ada kedai makanan seafood yang kalian boleh cuba disitu. Fresh gila seafood kat situ. Kalau nak beli Kingcrab or sotong kurita yang besar gergasi tu, boleh dapatkan disana. Jagalchi market ni macam pasar borong la senang kata.

Eh jap, ada ke orang pergi Korea nak shopping barang basah? Hmm..

Maybe untuk orang yang stay kat Busan lama, aku harap info ini berguna untuk kalian. Yela, mana tahu ada dikalangan pembaca disini bakal migrate or further study kat Busan, mestilah nak tahu tempat beli barang basah murah kan?

3) Busanjin

Nak cari cadar Korea or nak beli baju Hanbok yang murah-murah dan cantik-cantik gila, boleh cari di Busanjin. Selain tu, barang-barang untuk menjahit pun ada. Kat sini kalau nak tawar menawar, dibenarkan. Cakap je kat ajumma yang jual tu "Kaka-juseyo.." means "give me some discounts, please". Nanti ajumma tu ambil calculator, tunjuk harga yang dia discount-kan. Kalau bawa mak-mak yang suka cadar ni, bersiap sedialah kalian. Maunya berkampung kat situ nanti.

Serious weh, aku yang tak minat cadar ni pun boleh rambang mata dan rasa nak beli semua cadar-cadar kat sana. Bayangkanlah macam mana rupa orang yang minat benda-benda macam ni. Haish. Pengsan kot.

Masa first time aku datang Busanjin, mak aku cakaplah, "Nak tengok-tengok je. Kalau beli pun, nak beli satu set cadar je." Confident weh. Hmmm. Jaaaangan percaya.... Bukan satu ye teman-teman. Tetapi, TIGA, okay. Tiga! Hahaha. Lawaklah. Abah aku siap cakap, "Ha, ambil lah lagi, ambil." *Tengok dompet*

Lagi satu, kalau nak buat berniaga, aku memang akan suggest-kan pada kalian untuk pergi tempat ni. Cadar kahwin, cadar nak bagi hadiah, cadar untuk musim sejuk, cadar untuk musim panas.  Baju Hanbok yang kalian boleh tempah ikut cita rasa sendiri, kain-kain ela, manik-manik, renda-renda yang cantik-cantik. Macam-macam jenis ada weh. Rambangggg.

Image result for busanjin market shopping


4) Lotte Department Store

Image result for lotte department store busan

Ni tak perlu perkenalkan lagi kot. Lotte mall ni memang famous kat Korea. Ingat kat Seoul je ke ada Lotte? Busan pun ada tau. Barang-barang branded, merchandise LINE yang cute gila, segala mak nenek kosmetik ada di Lotte Department Store. Besar jugalah bangunan Lotte kat Busan ni. Aku datang nak tengok water show je.

5) Gimhae (actually ni bukan area Busan la)



Tempat ini aku tujukan untuk peminat bundle. Disini ada banyak kedai-kedai bundle, harga memang murah gila la. Kualiti? Bagi aku, kualiti tip-top. Banyak je baju yang macam baru sekali pakai, elok-elok rupanya ada jual kat sini. Kasut sport, beg tangan branded, baju winter yang kat kedai biasa harga sampai 49'000 won kat sini 10'000 - 15'000 won je tau.

Ni semua 10'000 won

Gimhae ni antara tempat favorite la. Favorite bukan sebab tempat barang bundle tetapi sebab banyak kedai makanan halal kat sini. Kalau berada kat Gimhae, tak rasa macam kat Korea sebab ramai foreigner. Pandang kanan orang Indonesia, pandang kiri orang Arab, pandang depan orang Afrika, pandang belakang eh.. congkak?

Aku nak share tempat makanan halal kat area Busan berserta tips. But, not in this post la, insyaAllah I will write another entry about halal food in Busan. Harap kalian tak bosan la baca pasal Busan ni. Kalau rasa penulisan aku hambar, beritahulah aku. Jangan mengumpat di belakang, kang aku sumpah kau jadi batu, tanggang! Derhaka lagi dengan mak yea.

Okey, thank you for reading. Jumpa lagi. Bye!

P.S: Nanti aku update gambar-gambar yang lebih proper. InsyaAllah.



Continue reading :  Malaysian Living In Geoje Island, South Korea (Pulau Geoje)

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.