Resepi Pizza yang simple

April 18, 2019

Follow my Instagram @muslimtravelto // @ainieyshah for Busan and Geoje Island Trip Package

Asalnya niat nak berpuasa harini tetapi tak jadi. Jam dah pukul 3 petang, perut berkeroncong minta diisi. Nak masak nasi macam tak selera nak makan nasi, nak masak mee, tak ada mee. Scroll youtube nampak video buat dough pizza. Jadi datanglah idea nak try buat pizza. Okey ni first time buat dough sendiri.

Dulu pernah try buat pizza sendiri tetapi masa tu aku guna dough yang dah siap. Pernah juga adik bongsu aku Pooh tu yang buatkan dough, sebab dia pernah pergi kelas memasak. Pooh pandai lagi la bab buat dough ni.

First trial of course banyak error. Especially dari segi sukatanlah. Seperti kalian sedia maklum, bab memasak ni aku penganut setia Law of Agak-Agak. Maka, maafkan hamba, benda boleh agak buat apa sukat. (trend ayat sekarang) Tetapi... orang kata, kalau level basic ni kira lepaslah..

Dough


Bahan-bahan

3 cawan tepung
1 cawan air suam (2sudu mauripan + 1sudu minyak + 1sudu gula -rendam sampai berbuih)
Sedikit butter
Sedikit garam

Step
Campur tepung, garam, air dan butter. Gaul sebati sampai dough tak lekit. Tunggu dough mengembang baru tepek atas loyang.

Topping


Resepi topping adalah bebas. Ikut tekak korang nak letak apa. Nak ala western ke, hawaii ke, seafood ke, veggie  ke. Terserah kamu, cu.. Asal kamu bahagia.

Yang aku buat ni perasa tomyam.

Bahan-bahan
1) Ayam
2) Hotdog
3) Cendawan
4) Sayur campur (jagung dan carrot)
5) Cili blender
6) Perencah tomyam
7) Sos cili
8) Sos tiram
9) Garam
10) Bawang besar (potong kecil)
11) Oregano

Step
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili blender, 🐓ayam, perencah tomyam. Kacau- kacau. Masukkan sos cili, sos tiram dan oregano. Kacau lagi. Masukkan pula cendawan, hotdog dan sayur campur. Rasa sikit (urm kurang garam) then tabur garam ikut level masin korang. Kacau-kacau, kalau rasa dah mantap, tutuplah api tu. Takkan tu pun nek nak ajak cu? 

Seterusnya panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sapu sos tomato (option lain : bolognese sos) diatas dough yang dah tepek dalam loyang. Kemudian letak topping yang korang dah masak kaw-kaw tu. Then letaklah cheese diatas topping. Kemudian masuk dalam ketuhur selama 25-30min bergantung ketebalan dough korang.  

Alamak cheese tak ada pula! Okey tenang. Aku guna telur goreng yang dihiris. Bagi acah-acah nampak macam ada cheese kat atas topping tu. Hmmm. Boleh lah. Hentam sajalah labu. 


Sudah masak, hidang, bismillah dan makan. Nyum-nyum-nyum. syedapnyeww!! Selamat mencuba!

Ps: Cu yang tak tahu loyang tu apa, ni nek tepek gambar loyang kat bawah ni.



You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.