Picnic, Putrajaya, Persahabatan | What to do on weekend?

April 22, 2019

Pada satu malam yang dingin.. kerana aircond kereta aku letak pada 20 darjah celcius, ada dua orang makhluk sedang berborak rancak di dalam kereta. Dari topik jenayah hingga ke politik, dari filem animasi ke filem aksi, dari kisah silam hingga ke cita-cita masa depan. Seperti bertih jagung digoreng, bercerita tanpa nokhtah.

"Da, baru pukul 9, takkan nak tido dah. Jom round kedua?"

"aish, aku tak biasa tido-tido awal ni. Jom."

Maka, dua makluk ni melepak round kedua di kedai Kak Senah tepi highway. Seperti mana bingitnya bunyi lori-lori angkat konkrit melintas, seperti itulah bingitnya dua makluk ini berceloteh seperti tiada hari esok. Penutup cerita "aku nak anak aku ada jiwa seperti #EGGBOY". Tamat. 

What?

Eh, itu baru introduction aku.

Pukul 2 petang

"Busy ke? Rindulah"

"Tak, baru lepas basuh berak kucing. Kat mana?"

"Cheras. Tak tahu nak buat apa."

"Nak lepak2 ke?"

"Tu laa, macam nak lepak2 minum2 kopi. Macam banyak benda nak cerita."

"Lepak mana?"

"Tu yang tak tahu tu."

"Meh lah datang rumah. Aku baru lepas masak. Kari ayam."

"Uwaaa, sedapnya. Saja tauu. Siapa ada kat rumah?"

"Biasalah... Tapi kalau segan, nak lepak luar, aku okay je."

.....

"Takpun kita picnic kat putrajaya, nak tak? Tempat kita lepak dulu dengan Kikin."

"Pergh, nice! Nakkk!"

"Okey, pukul 5 kat sana."


Maka bertemulah dua makhluk ini setelah sebulan tidak berjumpa. Aku tidak perlukan tiga tahun or tiga minggu or tiga hari untuk decide bila nak ber-picnic. Sekali aku kata ON, maka ON lah. Hidup ini simple, jangan complicated kan. 

Kelempang kelempung di dapur. Berjayalah aku siapkan untuk makhluk special ni, Pizza sardin (dough haritu: baca sini untuk resepi), puding jagung, air cocktail dan kari ayam lauk tenghari tadi. Harap kau gembira Saripah (bukan nama sebenar). Orang tua-tua cakap, nak pikat hati orang kena mula dengan perutnya. So hi perut awak! 

Makhluk ini nama dia ZSR or A-da or Aida or Da. Ikut mood akulah nak panggil yang mana satu.


Bila orang tanya kat Putrajaya boleh buat apa, ni jawapannya. Picnic ya teman-teman. Selain boleh tengok orang tengah jogging exercise, kita boleh makan-makan kat sini. Benda boleh makan, buat apa nak exercise. Kan? 🤷🏻‍♀️

Pinggan cawan matching dari IKEA

"Ibarat pizza tanpa cheese, seperti itulah hidup aku tanpa kamu. Tak lengkap."
So cheezy 🧀 ~

Asalnya nak jadikan bubur jagung, sekali castard terlebih letak. Maka jadilah puding jagung. Resepinya nanti aku update.


Cuaca memang sangat membantu. Redup je. Angin sepoi-sepoi language (cukup westernized 🤔), menambah rasa dipetang hari. Sekali dua syahdu, teringat teman yang jauh nun di Pulau Pinang sana. Dulu kami pernah datang ke tempat ini bertiga, waktu yang sama macam ini. Tetapi hari ini kami berdua sahaja. 

Doa dan rindu sentiasa buat kau, kikin. Eh, apa yang basah kat pipi ni? Cis.


(nah, video untuk kikin)



Aku tidak mungkin tahu apakah esok masih ada untuk aku, aku juga tidak begitu yakin bahawa memori yang pernah aku ada akan sentiasa kekal di dalam fikiranku. Ya, tuhan sahaja Maha Tahu, Dia bisa meminjamkan dan Dia berhak menarik semula. 

Maka, tulisan-tulisan disini, bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau dipamer tanpa alasan, tetapi ianya untuk ingatan diri aku bahawa aku pernah merasa nikmat berteman, pernah merasa disayangi tanpa perlu alasan dan pernah merasa bahagia dalam persahabatan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu kamu dustakan, Ainiey?

Iya, aku tidak punya banyak kawan. Malah boleh dibilang dengan jari. Tetapi, nikmat itu bukan terletak pada kuantiti, tetapi kualiti. Mereka yang aku angkat sebagai kawan adalah mereka yang mencerminkan diri aku. They never change me to become somebody else, but they help me to be the best version of me. They are my friends.

Sobs.
Nah, tisu 🤧 Lap air mata tu.
Feb 2017: Versi tiga ketul sahabat.

Nov 2017: A-da, Me & Kikin. Masa ni stress buat FYP, pastu pi Balai Cerap nak release stress.


Semoga Tuhan sudi izinkan aku meminjam mereka sehingga akhir usia. Semoga Tuhan pulangkan mereka padaku semula di alam sana. Amin.

SR, A-da, Kikin, Yus, Zera, Dila dan Akhwats.
Thank you for being there.

Sincerely,
AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.