Resepi Nasi Ayam cara mudah Ainiey

Kembali semula disegmen hempuk-hempuk dapur bersepah. Hahaha. Hari ini achik balik rumah, so aku rajinlah sikit nak masak makanan yang elok-elok. Iyalah, kalau aku seorang memang tidaklah aku nak merenyah kat dapur seorang-seorang pastu makan seorang-seorang. Haih. Sodeyyy.

Hari ini resepi yang aku nak kongsi adalah hasil modify selepas aku dok perhati mak aku masak nasi ayam. Ini resepi paling senang paling cincai boncai weh. Budak tadika pun boleh masak guna resepi ni. Tak renyah dan cepat gila siap.

Aku simpan kat sini kot-kot anak cucu aku nak baca nanti senanglah. Just google je blog nenek, cu. Pergh, nenek modern la katakan. *angkat kening*

Okey, cukuplah bebelan aku yang panjang sepanjang highway utara-selatan. Marilah kita mulakan. So aku start dengan nasi. Dan macam biasa, segala jumlah quantiti aku ikut LAW OF AGAK-AGAK.


Bahan-bahan untuk NASI
  • Beras
  • Halia (potong nipis)
  • Serai (Titik/Tumbuk)
  • Serbuk kunyik (kalau nak warna kuninglah)
  • Pati ayam
  • Air

Step

Masuk semua bahan2, gaul sebati then masak. Aku guna periuk current je. On plug, tunggu masak. Settle!


Bahan-bahan untuk AYAM
  • Ayam
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Halia (Tumbuk lumat)
  • Bawang putih (Tumbuk lumat)
  • Serbuk lada (kalau nak bagi rasa lada-lada sikit letaklah)

Step
Campur semua bahan dan perap selama setengah jam, supaya segala rasa dari bahan tu menyerap ke dalam ayam. Lepas tu goreng. 


Bahan untuk Sos Kicap
  • Kicap pekat
  • Kicap cair
  • Serbuk lada

Bahan untuk Sos Cili
  • Cili padi (Tumbuk lumat)
  • Bawang putih (Tumbuk lumat)
  • Sos cili
  • Air

Step
Hmm takkan ini pun nak ajar, kan? Campur ajalah semua dalam bekas. Lepas tu simpan dalam peti ais. Nak makan baru keluarkan. Tapi kalau tak suka sejuk, tak payahlah letak dalam peti ais. Ikut kome la. Aku suka sos sejuk, nasi, ayam dan sup panas2. 


Bahan untuk SUP
Aku guna sup segera. Tumis bawang putih, letak serbuk sup segera, air dan tunggu sampai sup mendidih baru tutup api. Settle!


Tadaaaaa. Inilah nasi ayam paling senang diabad ini. Bajet bahan hanya RM10 dapat empat orang makan. Jimat pun jimat. Lepas ni tak ada alasan kata tak tahu nak masak. Aku puk kang! Hahaha. 


Okey itu saja resepi nasi ayam dari nenek, cu. Selamat mencuba!

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!