Bad Guys | A sip of tea

April 11, 2019

Aku rasa aku dah pernah bedah movie di entri sebelum-sebelum ni, tapi aku tak pernah letak specific label dalam blog aku ni. So insyaAllah A sip of tea adalah offical label untuk pembedahan drama dan movie yang aku dah tengok. Aku akan share apa yang aku reflect dari cerita tu. Click A sip of tea untuk baca reflection yang lain-lain.

Jadi hari ini aku nak berkongsi tentang drama Korea:  Bad Guys

Related image

Before that, A sip of tea ni bukan nak cerita pasal plot story, tapi lebih kepada apa yang aku reflect, apa yang aku rasa dan segala nilai yang aku nak highlight. Kalau nak tahu plot story, pergilah tengok cerita tu dulu or boleh baca kat google. Okey? So tak perlu nak sembang kencang sangat, aku start dulu.

Bad Guys ni overall ceritanya adalah, ada seorang detektif 👮🏻‍♂️ ni rekruit 3 prisoner 🦹🏻‍♂️🦹🏼‍♂️🦹🏾‍♂️ untuk settle-kan unsolved case jenayah dan tangkap penjenyah yang buat dajal di bandar Seoul. Yes, it is illegally done. Tiga orang yang direkruit itu adalah gangster, pembunuh upahan dan psychopath serial killer. 

Ketiga-tiga ni ada skill mereka yang tersendiri. Disebalik background detektif👮🏻‍♂️, gangster🦹🏻‍♂️, pembunuh upahan 🦹🏾‍♂️ dan psychopath🦹🏼‍♂️ , sebenarnya ada cerita yang saling mengaitkan mereka berempat. So..ending cerita Bad Guys ni akan merungkai apakah kaitan keempat-empat watak ini.

11 episode yang packed. Cerita ni aku kategorikan sebagai predicted ending kerana diawal plot cerita aku dah boleh agak apa punca yang sebenarnya, apa yang mengaitkan empat orang watak tu dan macam mana ia akan berakhir. Tetapi, kes-kes or konflik-konflik sampingan yang diselitkan diantara setiap episod yang buat aku keep on untuk tengok sampai ending. Tak sempat nak merasa bosan pun. Aku  rasa geram, rasa happy, rasa sedih dan rasa tertanya-tanya. Itu perasaan aku sepanjang 11 episod.

"Beating innocent people is violence, beating bad people is justice" - ketua polis

Image result for bad guys korean drama

1.

Watak pendakwa raya (prosecutor). Isteri dia kena bunuh. Pembunuh berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Satu hari, si prosecutor ni pergilah jumpa pembunuh tu di penjara. Nak tengok reaksi si pembunuh tu, dengan harapan pembunuh tu menyesal, hidup dia serabut dan tak terurus. Itu expectation prosecutor tu. 

Life si prosecutor itu selepas kehilangan isteri dia sangat tak teratur. Dia nak apa yang dia rasa, sama si pembunuh tu rasa. Tetapi rupanya, si pembunuh tu bahagia je, muka si pembunuh tu boleh sememeh senyum bila face-to-face dengan prosecutor tu. "How are you doing?" Sambil buat muka minta penyepak. prosecutor tu rasa erghhh tidak adil. Dia rasa hukuman penjara tidak releven untuk si pembunuh isteri dia.

"Penjara bukanlah satu hukuman pada si pembuat jenayah, tapi hanyalah sebuah tempat untuk mengasingkan si penjenayah dari membuat jenayah lagi."

"Hukuman untuk si pejenayah itu adalah segala apa yang penjenayah itu pernah buat, berlaku pula pada orang yang penjenayah tu sayang"

Nak jadi cerita isteri pembunuh tu mati dibunuh oleh seseorang. Tak lama selepas itu si prosecutor tu pi lah jumpa semula dengan pembunuh isterinya tu. Memang betul, keadaan si pembunuh tu bertukar 360 degree. That man looked miserable gila. "That is how hukuman should be." - prosecutor

Moral:
1) orang yang paling kita sayang boleh jadi sumber kekuatan (strength) atau kelemahan (weakness)
2) hukuman dunia / law kadang-kadang tak releven
3) bila nak buat jahat tu, fikirkan selalu ‘what if’ this happens to me or my family or somebody i love. contoh kalau marah adik dirogol orang, so jangan rogol adik orang lain. kalau marah family dianiaya, jangan aniaya family orang. For every action, there is an equal and opposite reaction.


2.

Kisah disebalik pembunuh upahan 🦹🏾‍♂️ yang direkruit oleh detektif. Dia ni dah banyak gila bunuh orang dan yang liciknya cara dia bunuh orang tu, dia akan buat seolah-oleh ia berlaku kerana accident atau suicide. Memang gila dowh. Tetapi pada satu hari, pertama kali, dia rasa bersalah bunuh orang, sehingga menyebabkan dia menyerah diri pada polis willingly.

Yup, memang ada kisah kenapa dia turn in himself. Sebab dia telah jatuh hati pada seseorang yang selamatkan dia dulu tetapi perempuan tu tak ingat dia. 

Nak dijadikan cerita, perempuan itu adalah mangsa serial killer yang terselamat. Lelaki 🦹🏾‍♂️ ni tahu pun ketika dia dan gang tengah nak solve-kan case serial ni.  

Sedih dowh hidup perempuan ni, suami dia dahlah mati dalam accident hancur badan dowh. Lepas tu  peremupuan ni pula jadi target si serial killer. Damn gila weh. Lepas lelaki ni tahu perempuan ni bakal ditarget sekali lagi oleh si serial killer, dia memang kaw-kaw nak protect perempuan tu. 

Perempuan ni sangka lelaki 🦹🏾‍♂️ ni detektif. Tetapi sebenarnya lelaki ni adalah pembunuh upahan yang membunuh suaminya (yang kononnya accident tu). What? At the end, lelaki 🦹🏾‍♂️ ni terus terang kat perempuan tu yang dialah pembunuh suaminya.

"Everyone deserves to live like human being, even though he was a beast"

Moral:
1) semua manusia deserve second chance tetapi tak semua akan dapat peluang kali kedua tu
2) kalau semua benda boleh settle dengan kemaafan, tak akan wujudlah polis dan undang-undang kat dunia ni
3) banyak lagi kerja berfaedah kat dunia ni, bunuh orang tu tak masuk kategori


3.

Detektif yang rekruit prisoner tu orang panggil dia Mad dog. "He never sees who he bites" Tak kisahlah pangkat tinggi ke rendah ke, dia lantak pi lah. Yang penting kerja jalan. Dengan penyangak jangan bagi muka. Tetapi selepas kematian anak dia, hidup dia totally berubah. Dia di suspended dari kerja. Iya, anak dia mati dibunuh, pada sehari sebelum anak dia nak berangkat untuk melanjutkan pelajaran diluar negara untuk mengejar cita-cita sebagai pianist. Agak sedihlah part ni, sebab kehidupan dia orang agak struggling. Untuk sambung belajar tu memang anak dia dah give-up pada mulanya. Mad dog tak mampu nak biaya pelajaran anak dia. And something happens.

Orang yang paling kuat pun ada titik kelemahannya. Pembunuh anak dia berjaya ditangkap tetapi ditangkap dengan cara yang salah. Evidence telah di fabricated. So, selepas tiga tahun, si detektif tu mula berfikir waras, misi disebalik misi dia merekruit tiga orang prisoner tu sebenarnya, dia nak tahu betul ke diantara prisoner tu adalah pembunuh sebenar anak perempuan dia.

"If you don't dare to bite, don't ever try to bark."

"Do you know why we mad dog? Once bitten by us, they'll die."

Moral:
1) again, weakness and strength manusia adalah orang yang paling dia sayang
2) fikiran tak waraa menyebabkan kita buat keputusan yang tak waras
3) there is always door to turning back


4.

Watak ketua polis adalah watak yang paling banyak falsafah dan metaphora. Aku sampai rewind certain minutes sebab nak baca dialog dia berkali-kali. Sebenarna idea asal untuk buat special team yang boleh tangkap orang yang buat dajal kat bandar Seoul adalah dari ketua polis ni. 

Episod satu, anak ketua polis ni mati dibunuh serial killer yang dah bunuh lebih 20 orang mangsa. Ketika nak tangkap si serial killer tu, anak ketua polis merangkP detektif juga mati ditikam si serial killer tu.  Anak ketua polis tu adalah junior pada detektif Mad dog. So si ketua polis ni geram, pembunuh anak dia tak masih bebas. Itu yang dia panggil Mad dog yang dalam suspension kerja untuk buat special team. Dan si Mad dog pi recruit prisoner. 


"Are we humans or beasts?
Violence is the rule of beasts.
Non-violence is the rule of humans.
That is how it should work."

"Have you ever eaten a fallen apples? When I go to supermarket, sometime they sell fallen apples during typhoon. I don't know what exactly happened to those apples, but they're all bruised black and blue. Their surface is bumpy. They are on sale for half price. They're pathetically put into black plastic bags. Although, I'm over half of a hundred years old, I've never tries such fallen apples. I've been wondering how they would taste. So I tried buying them one day. I tried eating those fallen apples. Aren't you curious how they taste? The tasted is same. Although they got dropped because of wind, rolled in the mud, suffered misery and had deformed appearance, all bruise black and blue, they tasted the same compared to other ordinary apples that were nicely packaged and sold at higher prices.

Those person you called fallen apples, shouldn't they being treated like human being too?"

****

"It's normal human makes mistake. But killing people is not a mistake, it's a crime."

This drama taught about second chance, about rotten feeling that kept in heart which can cause disaster in someone's else life. 

This world is struggling place. Semua orang ada ujiannya yang tersendiri. Ada yang diuji kesihatan, kehilangan orang tersayang, kerjaya, keluarga, harta, nafsunya dan macam-macam lagi. Ujian dan ujian dan ujian. Sebab Tuhan kata hidup kat dunia ini memang untuk test, uji, periksa siapakah yang lebih baik amalnya. 

Bukan paling banyak hartanya, bukan paling tinggi pangkatnya, bukan paling cantik rupanya, bukan paling cerdas mindanya, bukan paling berjaya hidupnya. Bukan paling banyak amal tetapi paling baik amalnya. (Q67:2)

Buatlah apa yang kita mampu yang tuhan suka, walaupun sekecil kuman kebaikan itu, buatlah sebaik-baiknya. Mungkin ia hanya sekecil kuman tetapi  itulah amal yang paling baik menurut tuhan. Untuk buat baik ni semua oranf mampu, tak kira dewasa <> kanak-kanak, kaya <> miskin, cerdik <> biasa-biasa. Semua orang mampu buat baik. So, soalan aku apakah amalan yang paling baik yang kita pernah lakukan?

AH
A sip of tea

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Follow Instagram