Missed-call dari Tuhan

March 17, 2019

17032019
Bangi

*pernah tak terbayang*

suatu hari nanti,
kau berdiri dihadapan
sebuah pintu gerbang yang besar
sangat besar sehingga hujungnya 
tidak terlihat zahir dimata

hidung terhidu satu bau
dari luar pintu itu
harum.. sangat harum 
sehingga kau terbuai seketika

pintu itu..
tertutup rapat
tiga ketukan
hanya setengah saat
pintu perlahan terbuka

angin dingin keluar dari celah pintu
membelai wajah halus
bau harum jelas terhidu
kau tersenyum

suara sayup kedengaran perlahan

سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ

Selamat sejahtera buatmu diatas kesabaranmu.

(ar rad’u 13:24)


Lalu serta merta
segala penat lelah
sakit luka
beban

yang terpikul
hilang sekelip mata

terasa ringan seringin-ringannya
tenang setenang-tenangnya
lapang selapang-lapangnya

kau melangkah masuk
ada yang menyambut

kehadiran kau dialu-alukan
oleh penghuni disitu

makanan yang mengiurkan 
ditatang diatas dulang
pakaian yang lusuh 
diganti dengan yang mewah lagi cantik

saat itu
pacaindera menjadi saksi
sesuatu yang

tak pernah lihat dimata
tak pernah terjakau difikiran
tak pernah dirasa satupun deria
saat hidup didunia
itulah Syurga


aku sekarang mengerti dan mengakui
bila orang kata

"ujian itu adalah tanda cinta Tuhan pada hambaNya."

benar..
kerena ketika ujian,
Tuhan sedang pandang hambanya
tepat dimatanya dan hatinya
Dia seolah sedang berkat
halus nan lembut
I am here, dear..
Tell me..
I hear you
Tell me everything you want me to hear


kerana disaat ujian
Tuhan sedang 'missed call' hambaNya
sekali 'missed call'
dua kali 'missed call'
sepuluh kali 'missed call'
seratus bahkah mungkin 
beribu-ribu kali

bila Tuhan 'missed call', 
Tuhan mahu hambanya 'call back'
panggil Dia, luahkan padaNya
dan panggilan seorang hamba 
pada Tuhannya yang paling romantik
adalah ketika sepertiga malam.

disaat yang lain sedang tidur,
kau bangkit dari tidur
semata-mata untuk
'menelefon dan bergayut' dengan Tuhan

manis, kan?

disaat ujian adalah masa paling baik untuk manusia refresh, re-clean and repair
iman dan motivasi diri

ujian adalah reconnection time antara hamba dengan Tuhan
ujian adalah bonding time antara hamba dengan Tuhan
ujian adalah chatting time antara hamba dengan Tuhan

beruntung buat manusia yang dapat 'missed call' dari Tuhan
beruntung buat manusia yang sentiasa di'missed call' Tuhan
dan sangat beruntung pada manusia yang 'call back' dari Tuhan

oleh kerana itu..
aku percaya,
"ujian itu adalah tanda cinta Tuhan pada hambaNya"

kalau tak cinta, Tuhan tak 'call' banyak kali
kan?

Subahannallah.. Alhamdulillah.. Allahu akhbar..
Allah..

jadikan aku hamba yang sentiasa memanggilMu
disaat senang dan susah
disaat lapang dan sempit
disaat kaya dan miskin

Kau maha diperlukan..
Kau maha diperlukan..
Kau maha diperlukan..

setiap kali aku sedih..
aku akan baca ‘puisi tentang kesabaran’
ulang dan ulang 

moga-moga suatu hari nanti...

Selamat sejahtera buatmu, Aini diatas kesabaranmu didunia ini, yang banyak godaan, yang banyak penat lelah, yang banyak kedukaan, yang banyak kehilangan dan yang banyak tertumpahnya air mata. Bergembiralah dihari kau kembali ke rumah mu dan bertemu dengan Rabbmu.

....akan aku dengar saat kaki melangkah di pintu syurga.
InsyaAllah. Semoga Allah mengizinkan.

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.