Pulau yang tidak didendangkan, Geoje Island (거제시)

March 14, 2019


*play song*

안녕하세요!
mata tidak mahu lelap. aku buka gambar didalam phone. banyak gambar di Okpo, Geoje. Tiba-tiba perasaan rindu datang mencucuk-cucuk hati ini.

Okpo adalah pekan kecil yang terletak diantara teluk dan gunung. Perumahan disini mostly appartment, so banyaklah bagunan tinggi-tinggi disini. Okpo pekan yang tenang. Walaupun banyak perumahan, tetapi Okpo tak sibuk seperti bandar2 besar.

Setiap malam aku akan buka tingkap bilik semata nak dengar bunyi diluar rumah. Rumah aku tingkat 9, bersebelahan jalan utama. Aku suka dengar bunyi kereta sekali sekala lalu. Kadang-kadang aku dengar bunyi ambulans. 

entah kenapa aku rasa tenang dengar bunyi macam tu. tak macam sekarang. aku hanya dengar bunyi kipas. rasa sunyi. sangat. huh.

kadang aku harap esok pagi bila aku buka mata dari tidur, aku dah ada kat Okpo...

Geoje banyak tempat yang cantik. Geoje tak macam Jeju. Geoje ada keunikannya yang tersendiri. Huhuhu. Ciptaan Tuhan semuanya indah. tak pernah tak terpegun. 

Tuhan...
sampaikan aku lagi di Korea ye...
boleh ye Tuhan..
















apa khabar kamu disana? aku disini merindui mu. Moga ada rezeki bertemu kembali. Aku doakan kamu baik-baik sahaja. Musim bunga sudah bermulakah? Hmm.. rindunya...

You Might Also Like

1 comments

  1. Impian akak nak meneroka Korea, Jeju Island..tapi ntah bila la bakal termakbul..

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Follow Instagram