Tentang baiknya Tuhan | Bersangka baik

Mata berkedip seratus kali, jantung berdegup selaju cahaya. Aku berlari ke arah rak buku, melihat ia masih disitu. Allah... air mata bertakung ditubir mata, sesaat dua pecah tak mungkin tertahan. 

45 minit yang lalu..

Bagai bergugur jantung ini ke tanah. melihat telefon bimbit tiada di dalam beg, tiada dicelah kerusi kereta mahupun diserata tempat di dalam kereta. Aku parkir kereta di tepi jalan, mencarinya seteliti mungkin. Malangnya tidak jumpa. Kali terakhir dalam ingatan aku, aku meletaknya di atas rak di dalam library. Iya. disitu. Aku yakin disitu. Setelah aku masukkan laptop ke dalam beg. Beg disandang dibahu, lalu aku berlalu keluar dari library. 

Jadi apakah ia mungkin masih disitu? Di atas rak itu? Allah.. Tidak mungkinlah.. Hati cuba menidak tetapi akal menyakini bahawa ia masih disitu.

Tuhan.. Aku tahu tidak mustahil untuk ia hilang kerana ia berada ditempat awam. Pasti ramai orang yang lalu lalang melihat keberadaan ia. Tetapi ya Allah adalah lebih tidak mustahil untuk Kau menjaga dan perliharanya dari diambil orang. Kaulah Maha Memelihara. jagalah telefonku dan jagalah hati orang-orang yang melihat telefonku. 

Sangka baik is the least I could do disaat-saat yang mengugurkan jantung. Sangka baik pada Tuhan, sangka baik pada makhluk-makhlukNya.

Pada saat mata melihat telefon itu masih ditempat yang sama dan tangan menyentuhnya bagai tidak percaya, itu adalah saat yang paling indah, manis dan mendamaikan.

Hanya yang rasa tahu bagaimana rasanya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku merenung semula kejadian itu. Hati aku berbisik.

'Telefon yang hilang itu pun tuhan jaga, tidak mungkinlah jiwamu  hilang tuhan tidak menjaganya.'

Tuhan pasti jaga kerana Dia Maha Memelihara.

Teringat satu ayat dalam al-Quran surah ke-39 ayat 53;

Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Disaat kita hilang, disaat kita melampaui batas sebagai seorang hamba, manusia, anak, ibu ayah atau apa jua status kita. Mari duduk sekejap dan fikirkan ayat ini. Tuhan kata, pada saat kita lost dalam hidup atau pada ketika kita melampaui batas; jangan pernah berputus asa dengan rahmat Tuhan. Jangan!

Dia sentiasa ada.
Dia sentiasa jaga.
Itu janji Dia.

Lalu...
Aku, kamu, kita hanya tinggal “Lemparkan tongkatmu, wahai musa” (Q20:19)

:)

(tongkat=apa saja yang ada pada diri kamu; harapan, sangka baik, doa, usaha, taubat etc)





0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!