‘am I happy?’

December 21, 2018


sudah lama aku tak tanya diri aku dengan soalan itu. hari ini, pertanyaan itu datang kembali. aku membisu panjang. aku sudah tidak pasti gembira itu sebenarnya seperti mana? apakah sebenarnya definasi yang tepat untuk menginteprestasikan perkataan gembira itu?

apa ketawa itu tanda gembira? apa tersenyum itu petunjuk bahagia?

huhhh...

aku sudah tidak tahu bagaimana untuk buat diri aku gembira. mungkin. entahlah. sudahlah. aku tidak mahu minta banyak. jika gembira itu mahal harganya, tidak apa. aku asal mahu terus hidup. bernafas dengan tenang, berjalan ke tandas dengan aman, merenung ke ceiling tanpa terganggu, mendengar suara hujan yang mendayu.

mungkin itu gembira aku, bahagia aku.

dengan dosa yang bergunung, aku tidak mahu demand tinggi. aku mahu terima sahaja apa yang Dia pernah bagi. boleh?




You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.