Okpo-dong dimusim luruh | Tentang pagi yang dingin

Aku dikejut ibu untuk bangun subuh. Selepas solat aku menyambung tidur semula. Cuaca dingin macam ni, membungkuskan diri di dalam comforter adalah pilihan terbaik. Sejam kemudian ibu mengejutkan aku sekali lagi. Katanya marilah pergi ke taman, sarapan berpiknik disana.

Aku yang masih diantara separuh sedar dan sedar sekadar membuat bunyi tanda setuju. Mata masih terpejam, sesaat dua kesedaran hilang semula. Kruuhhh..

Satu per empat jam kemudian, ibu masuk ke bilik aku, sambil dibisik lembut ke telinga “Bangunlah ibu dah siapkan nasi goreng. Jom keluar.” aku membuka mataku malas-malas. Lalu digerakan tubuh malas-malas. Kaki dilunjurkan dibirai katil malas-malas. Aku berdiri, berjalan ke tandas malas-malas. Entah setebal mana selimut syaitan membungkus badan aku ni. Malasnyaaa.

Pintu bilik air ditutup. Mataku masih separuh terbuka. Aku mencapai kepala paip. Tapak tangan menadah air lalu disapu di muka. MAKKKAIIIIHHH. Ini air ke, ais ni! Sejukkk!

Kesannya, mata yang separuh terbuka terus segar bugar. 

Tudung disarung, sweater dibalut, spec dipakai. Aku mengangkat beg yang berisi makanan. Keluar dari rumah lalu menunggu lift tiba ditingkat 9. Penungguan adalah satu penyeksaan. Bilalah orang maintenance ni nak betulkan control system lift bangunan ni. Macam siput tahu! Bebelan tidak berbunyi dipagi hari.

Keluar dari appartment ke tempat parking kereta, angin dingin menderu laju menghembus ke muka. Sel-selku mengigil kesejukan. Sejuknya. Sejuknya. Aku ulang-ulang seperti matera pagi. Masuk ke dalam kereta, punggungku membeku. Car seat macam ditinggalkan dalam freezer.

Hari ahad seperti hari ahad yang lalu. Pagi yang sunyi. Tiada bunyi kereta mengaum dijalan raya. Barangkali mereka masih dalam comforter.

Taman Okpo yang terletak di atas bukit. Tidaklah jauh dari rumah. 5 minit dengan kereta. 15 minit dengan basikal. Kalau naik basikal, kena tolak basikal naik bukit, semput gila masa percubaan pertama dahulu. Itu cerita 3 bulan dulu lah. 

Tapi part yang seronoknya adalah perjalanan dari taman ke rumah. Meluncur laju dari atas bukit. Tak perlu kayuh, cuma jaga break. Sekali sekali aku melepaskan tangan dari handle sambil membuat gaya Jack dan Rose dalam Titanic. Heh. Bahaya!

Masa musim panas dulu, pergi ke taman Okpo antara aktiviti yang aku paling perform. Apabila tiba masuk musim dingin, hampeh. Ternak lemak semula dirumah. So jangan tanya kenapa aku masih gedempol bila duduk disini. I did nothing wrong, guys!

Sampai di taman. Aku mencari spot dibawah cahaya matahari. Tikar dibentang. lalu aku pun baring. Ahh, sedapnya hangat-hangat macam ini. Terima kasih matahari atas kehadiran mu disini. Terima kasih menghangatkan tubuh aku. Aku sayang kau. Muah muah.

Ibu membuka bekas bekalan yang dibawa tadi. Bau nasi goreng dan karipap panas. Pergh! Membuka selera. Nikmat manakah yang mahu kau dustakan? 

Suasana tenang. Bunyi burung berkicau menjadi radio dipagi hari. Cuaca dingin hangat. Air mocha, karipap dan nasi goreng panas. Tidak akan aku dustakan nikmat ini Tuhan.

Ada beberapa orang manusia yang sedang berolahraga. Ajushi dan ajumma di sini memang rajin berolaraga, patutlah badan fit. Mataku beralih pada tubuhku. Kecewa. Hampa. Bila kau nak fit semula, ainiey? Menangis di dalam hati sambil menyuap nasi goreng ke mulut.

Aku suka aktiviti macam ni. Tenggelam bersama alam. Dengar bunyi burung dan cengkerik. Memandang langit dan kehijauan pokok. Merasai hembusan angin, silauan cahaya. Bau udara yang segar. Membuaikan, kan?

Lepas makan, aku berjalan disekeliling taman. Mendaki ke atas puncak bukit. Dari puncak boleh nampak satu bandar Okpo. Di sebelah kanan bandar Okpo, terlihat gunung-ganang. Di sebelah kiri, terbentang laut biru. Ada kapal yang berlabuh di pangkalan DSME.

Aku duduk. Tenang. Tenggelamkan diri dengan suasana yang sangat tenang.

‘Tuhan... terima kasih’

**************

Beberapa keping gambar buat kenangan dihari tua. Atau, dihari aku lupa bahawa Tuhan selalu baik padaku. 




Permandangan di Okpo Geoje Island
Okpo-dong di musim luruh







sebuah video dan pesanan,

aku tak biasa ambil gambar diri sendiri, 
aku jarang ambil gambar orang,
sebab aku suka ambil gambar suasana.

kerana setiap satu gambar,
setiap satu rakaman,
aku selitkan
aku simpankan
aku kuburkan
perasaan aku di dalamnya

suata masa nanti
bila aku tengok semula
aku bukan melihat kepingan gambar
atau potongan rakaman
tetapi sebuah perasaan yang pernah aku ada

aku taknak lupa
apa yang aku pernah ada
:)



0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!