Resepi Roti Puri tak cukup bahan di Korea

Simpanan untuk masa depan 💪🏻

Selalu bingung nak masak apa untuk makan petang abah. Jemput-jemput/cokodok tepung + ikan bilis sudah selalu sangat buat. So hari ini aku nak cari kelainan sedikit. Aku pun scroll instagram dan terjumpa resepi roti puri dari dapur fj.

Aku sejenis yang kalau masak tak ada/tak ikut sukatan. Aku tengok resepi sebab nak tahu bahan apa yang digunakan dan apakah basic stepnya. Then aku akan modify ikut kesenangan dan mood aku.

Okey, here we go!

Bahan-bahan yang diperlukan
-tepung gandum + tepung attar (campuran 1)
-garam+gula+minyak+air panas (campuran 2)

Step by step
  • Bahan campuran 1 digaul sebati dengan campuran 2
  • Gaul sampai jadi dough
  • Carikkan adunan menjadi dough yang kecil kemudian gelek dengan pengelek sampai nipis dalam 2-3mm
  • Goreng dalam minyak panas sampai ia kembang


Hack:
ratio tepung gandum dan tepung attar (1:1)
contoh —> secawan tepung gandum : secawan tepung attar
kalau takde tepung attar, tepung gandum saja pun boleh.

ratio garam : gula : minyak (1:2:3)
contoh —> satu sudu garam, dua sudu gula, 3 sudu minyak
Air panas sesuai dengan jumlah adunan tepung, agak-agak cukup untuk jadikan dough tepung.
Pastikan bila gaul dan uli takde lagi tepung melekat pada jari. Kalau takde means dah jadilah dough tu.

Selamat mencuba!

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!