Hilang | Video

September 29, 2018

Untuk yang sedang hilang
Untuk yang mencari jalan pulang 
Selamat... 
Selamat kembali menemu Tuhan

 

Aku record video ni time aku tengah lost dengan Tuhan. Aku tahu Dia ada, tetapi aku seolah tak boleh reach pada Dia. Aku rasa... disconnected.

Huh..
*keluh*

Pernahkah kau rasa seperti ini? Solat tapi masih rasa kosong, baca Quran tapi masih rasa kering, zikir tapi masih rasa lompong. Kalau pernah, apa yang kau buat?

Aku..
Kalau aku..

Aku pandang langit lama-lama. Mulut dikatup rapat, membenarkan hati yang berbicara. Aku bisikkan pada langit.

"Tuhan.. aku sedang hilang..."

"aku sedang hilang..."

"aku sedang hilang..."

Aku ulang.. Aku ulang.. Aku ulang.. sampai aku menangis..
Tika tangisan mula memuncak, aku bisik lagi pada langit.

"Panggillah aku pulang, Tuhan.."

Hanya selepas itu, talian yang terputus kembali bercantum. Hanya selepas itu, jiwa yang lesu kembali ber-roh. Hanya selepas itu, rasa yang telah hilang kembali pulang. "And He found you lost, then He guides you."

Itu janji Tuhan disurah al-insyirah. Dia tidak pernah mungkiri.


Untuk yang sedang hilang
Untuk yang mencari jalan pulang 
Selamat... 

Selamat kembali menemu Tuhan..


Sincerely,
AH

You Might Also Like

1 comments

  1. Your method of explaining everything in this piece of writing is really good,
    all be capable of easily be aware of it, Thanks a lot.

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Follow Instagram