Seharian berjalan kaki di Kota Jakarta

March 16, 2018

Kisah merentasi 4 negeri dalam masa 6 hari 5 malam di Indonesia. Aku, A-Da, Kikin dan Zirah, empat gadis dari Malaysia, menyahut cabaran untuk menjayakan misi menakluk Indonesia.

Perjalanan kami bermula dari Jakarta. Pada jam 11 malam hari khamis, aku dan kawan-kawan sudah berada di KLIA untuk menunggu ketibaan flight kami yang dijadualkan untuk berlepas pada 6 pagi keesokan harinya (Jumaat). Kami berempat tidur di ruang menunggu selama lebih kurang 5 jam  sebelum kami dibenarkan masuk ke balai berlepas.

Perasaan aku terlalu excited, sehinggakan waktu tidur berlalu pun tidak terasa. Pada pukul 5 pagi, kami masuk balai berlepas dan cari surau untuk solat subuh. Selepas selesai solat, kami terus berlari ke gate perlepasan. 

Tapi nak dijadikan cerita, line untuk check beg terlalu panjang dan ramai orang sudah beratur untuk menunggu giliran nak scan beg.

Nombor flight kami sudah dipanggil dan perkara yang menambahkan kegelisahan bila salah Kikin tersangkut diantara barisan yang panjang. Time tu memang cuak gila. Dan yang menambahkan cuak lagi bila tahu yang gate kami terletak paling hujung sekali di KLIA. Oh. My. God!

Settle je process scan barang Kikin, kami berlari seperti pelari Olimpik menuju ke gate perlepasan. Bayangkan pada pukul 6 pagi, aku dan kawan-kawan dengan backpack besar kedabak yang sedang digalas dibahu berlari didalam terminal KLIA. (aku taknak bayangkan please..) Sumpah dowh, maluuu. Orang sekeliling memandang aneh pada kami. Tapi itulah moment adrenaline rush yang pertama untuk perjalanan kami yang baru saja bermula. Fuhhh.

Walaupun airport pagi-pagi agak dingin, tetapi disebabkan larian marathon  diawal pagi, sejuk aircond sudah tidak terasa. Malah peluh yang laju turun deras membasahi badan. Haih. Unexpected thing happens out of our senses.

Flight depart, aku terus terlelap. Tidur semalam plus kepenatan berlari diawal pagi, aku nak qodo’ dan jama’ dalam flight. Walaupun tidur hanya 2 jam tapi rasa  puas gila. Bangun je time tu flight nak landing,  badan rasa recharge semula. Mental and physical dah bersedia untuk menghadapi journey pada hari pertama. 

JAKARTA

Sampai di Airport Seokarno Hatta, kami cari simkad sebab nak dapatkan access internet untuk melanggan grabcar. Pengunaan grabcar di Jakarta sangat berbaloi dan efektif. Semua grabcar yang kami naik, pemandunya baik-baik belaka. Yang best naik grabcar ni, pemandu peramah, harga berpatutan, selesa dan secure. Walaupun ada je dengar berita yang tidak best pasal pemandu grabcar, tetapi aku bersyukur sangat sepanjang kami di Indonesia, kami tak merasai pengalaman pahit dengan pemandu grabcar.

Destinasi pertama kami di Jakarta adalah Muzium Nasional. Muzium ini terletak dibandar Jakarta. Bangunan putih yang menyimpan khazanah sejarah indonesia.



Grabcar dari airport ke muzium = 114’000 IDR/kereta
Tiket masuk muzium = 10’000 IDR/orang
Simcard TELEKOMSEL = 180’000/satu

Dari muzium nasional kami berjalan kaki ke MONAS iaitu Monumen Nasional yang terletak berhadapan muzium nasional. Tetapi, pintu masuknya agak jauh maka kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 2km dari muzium nasional.

Di MONAS, kami mencari tempat makan untuk lunch. Then, jumpa deretan gerai yang dibuka di kawasan pintu masuk MONAS. Aku memilih Soto Ayam + 2 air mineral untuk juadah tengah hari. Panas weh, 2 botol air pun tak cukup.


Makan tengahari = 40’000 IDR

Bila perut dah kenyang, hati dah senang, kami terus bergerak ke Tugu MONAS yang terletak kurang 1km dari gerai kami makan tadi.




Inilah tugu MONAS. Cuaca sangat baik pada hari pertama kami di indonesia. Panas tetapi angin sentiasa bertiup. Setelah puas bergambar dan melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa, tengok jam pukul 3 petang. Kami bergerak ke Masjid Istiqlal untuk solat jama’ dan berehat sebelum menempuh perjalanan yang panjang pada malam nanti.

Masjid Iqtilal terletak berdekatan dengan MONAS, tetapi cerita yang tak kelakarnya adalah kami tak jumpa jalan keluar dari MONAS ke masjid. Kawasan MONAS ni sangat besar dan dikelilingi dengan pagar. Walaupun Masjid nampak dekat gila dengan MONAS, tetapi kami berpusing-pusing hampir 30 minit semata nak cari jalan keluar dari MONAS. Masjid Istiqlal yang pada mulanya sudah nampak bayangannya dari tempat kami bergambar, kami terpaksa berjalan melawan arah dari menuju ke Masjid Istiqlal kerana pintu keluar dari MONAS terletak jauh dari Masjid Istiqlal.

Backpack aku dah la sado weh, terpaksa aku gigihkan juga untuk mengheret kaki yang sudah melecit menuju ke pintu keluar. Sampai di pintu luar MONAS, ada banyak kenderaan yang bernama Bajay lalu dihadapan kami. First impression, rare gila dowh bajay ni. Kami decide untuk menaiki Bajay menuju ke Masjid Istiqlal. Pertama kali naik motor yang bertayar 3 dan berbumbung. Aku jadi confuse nak kategorikan bajay ini sebagai kereta atau motosikal. Kerana rupanya yang sangat unik. But, hati-hati naik bajay, senang kena scam.


Bajay = 20’000/car

Jakarta sangat familiar dengan macet (jem) yang teruk. Yup, aku akui fakta itu duaribuperatus. Macet dijakarta Subahanallah weh.. Sesak dada ni, ditambah pula pemandu di Indonesia ni boleh tahan tahap kegilaan mereka memandu di jalan raya. Super ngeri! But, still I slut them because their comman sense during driving/rinding is super good.

Kami berempat telah berpecah kepada 2 kumpulan kerana bajay hanya boleh muat 2 penumpang. Maka, kami terpisah seketika. Inilah pepisahan yang merisaukan kerana kami tidak dalat contact each other sebab yang mempunyai access internet hanyah aku seorang (sebab kami jadikan satu phone sebagai hotspot). Aku tidak boleh contact 2 orang lagi kawan aku. Sampai di Masjid, dalam 15 minit aku tunggu 2 orang kawan aku. Aku risau jikalau terjadi apa-apa. 

Aku cakap kat A-Da,
“5 minit lagi kita tunggu, then dia orang tak muncul juga kita masuk je dulu dalam masjid. Moga Allah gerakkan hati dia orang juga untuk masuk ke masjid juga”

5 minit tunggu punya tunggu punya tunggu.. mereka tak muncul juga. Kami pun buat keputusan untuk masuk je la dalam masjid. Subahanallah. Benarlah doa orang musafir ni sangat dimakbulkan. Ketika menuju ke pintu gerbang masjid, aku lihat dua orang kawan aku dari jauh, mereka sudah berada betul-betul di depan pintu gerbang. Lega dapat jumpa mereka. Mereka diturunkan ditempat masuk yang lain dan menunggu kami berdua juga.  MasyaAllah. Walaupun tiada connection internet atau coverage. Allah jua lah yang menjadi talian hayat kami untuk berhubung.





Di Masjid Istiqlal, kami mandi, solat dan rehat. Kami jama’ zohor dan asar, kemudian menunggu solat magrib dan isyak. Disini memang disediakan ada bilik air untuk mandi. 

Dalam 3 jam juga kami beriktikhaf di dalam masjid. Pukul 7 malam kami bergerak keluar dari masjid untuk ke station kereta api Gambir. Dari masjid ke station kereta api kami guna grabcar sekali lagi. Sampai di station kereta api, kami check-in, makan malam dan beli sedikit makan ringan sementara menunggu kereta api sampai. Kami akan bergerak ke Yogyakarta pada pukul 8.45 malam.

JAKARTA ———> YOGYAKARTA




Grabcar masjid ke station kereta api = 23’000 IDR/car
Makan malam = 40’000 IDR

Masuk dalam kereta api ni, aku sangat sangat sangat impress weh. It was not like what I imagined. Aku booked secara online kat tiket.com. Kereta api ini yang sangat selesa. Bantal dan selimut disediakan. Aku letak barang kat cabin dan aku menyelesakan diri aku diatas kerusi yang empuk. Aduyai. Tak boleh move on.




Aku duduk disebelah tingkap, berdekatan tingkap ada plug. Inilah kenikmatan yang paling bahagia bila dapat charge phone dan powerbank dengan penuh. Disebabkan ada plug ni, aku bagi 5/5 bintang untuk kereta api Taksaka. 


Esok kami akan mengharungi perjalanan yang panjang, keberlangsungan nyawa phone dan camera sangat penting untuk aku. 

For perjalanan hari pertama disini, Alhamdulillah kami berjaya harunginya. Nah, video untuk hari pertama dari aku.



Dari sini, aku akhirkan penulisan untuk hari pertama aku di Indonesia. Izinkan aku beradu dan merehatkan badan yang telah seharian berjalan. Makk, kaki sakit makk... Adios!


Love,
AH

You Might Also Like

1 comments

  1. ahh rindunya pada Jakarta yang macet ;D
    Salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.