Hari ke-2 ekspedisi | Menapaki kaki di Borobudur, Kalibiru dan Taman Sari

Perjalanan dari Jakarta ke Yogyakarta mengambil masa dalam 8 jam. Pada malam pertama di Indonesia kami menjimatkan duit penginapan kami dengan menjadikan transportation kami sebagai tempat untuk tidur dan berehat. Dengan keselesaan yang diberikan oleh kereta api taksaka, aku personally sangat berpuas hati dan berterima kasih dengan perkhidmatan yang mereka beri.

Untuk aku, ini adalah ekspedisi pertama yang menggunakan train dan bermalam di dalam train. It’s such wonderful experience. Cuma, aku ni jenis tidur dalam gelap. Kalau tempat terang atau lampu terpacak atas kepala, aku sukar sikit nak betul-betul terlena. Lampu train ni tak di switch off, maka aku hanya tidur beberapa jam dan selebihnya aku banyak menikmati permandangan malam di luar tingkap.

YOGYAKARTA

Sampai di station kereta api Tugu Yogyakarta, kami bersiap untuk solat dan membersihkan diri. Kami bersarapan di station kereta api saja. Aku mencuba makanan Indonesia yang aku tak pernah tahu kewujudannya dan of course tak pernah makan: Nasi Gude’ 


Sarapan = 32’000 IDR

Dalam pukul 6 pagi, kami dijemput Mas Herry untuk ke desitinasi pertama. Kami akan menggunakan perkhidmatan Mas Herry selama 2 hari sepanjang kami di sini. Kedatangan kami di Jogja disambut dengan senyuman ramah Mas Herry sehingga membuatkan kami rasa heartwarming dengan masyarakat Jogja.



Destinasi pertama kami ke Borobudur. Borobudur adalah tinggalan sejarah ribuan tahun dahulu. Namun ia masih gah sehingga kini. Kami mengambil masa 3 jam untuk explore kawasan sekitar Borobudur. Kaki aku melecet kerana banyak berjalan semalam. Aku tetap gagahkan juga demi mencapai kepuasan maximum mengembara di bumi Indonesia. 

Selama 3 jam berada di Borobudur, aku sudah mula merasa kaki aku start kembung air. Huhuhu. Tapi perjalanan hari ini aku tidak mahu ia berlalu begitu saja tanpa diisi denga memori. Let’s go!


Tiket masuk = 195'000IDR (dapat discount sebab bawa student card)

Selapas penat berjalan kami merehatkan kaki di tempat terapi ikan. Disini banyak souvenir dijual. Keluar saja dari kawasan Borobudur ni ramai penjual mengekori kami sambil menawarkan harga yang sangat rendah untuk barangan jualan souvenir mereka. 

Rasa macam artis pula bila ramai orang mengerumuni. Tetapi kami cuba berhati-hati supaya tidak ada sebarang kecuaian yang berlaku seperti barang diseluk pencuri. Ada penjual yang kami terpaksa bertegas untuk tidak mendesak dan mengekori kami. Tetapi, dalam masa yang sama aku kagum dengan kegigihan mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan customer.


Setelah hampir 3 jam kami menghabiskan masa di Borobudur, kami bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Kalibiru. Another place that needed high stamina. Panjat bukit yang sangat cerun. Fuh!


Tiket masuk = 10'000IDR

Kalau nak ambil gambar kat tempat yang disediakan, kenalah bayar. Atau kalian boleh cuba buat kreativiti sendiri untuk dapatkan shot yang terbaik tanpa perlu bayar. Huhuhu. Tapi, seperti kata A-Da, kalau dah alang-alang sampai sini - mungkin pertama dan terakhir kali, pergilah bergambar puas-puas.

Kami makan tengah hari di Kalibiru. Selesai makan, kami bergerak terus ke destinasi seterusnya iaitu Taman Sari which is terletak di bandar Jogja. Agak jauh dan makan masa 2 jam untuk sampai di Taman Sari. Dan kaunter Taman Sari tutup pada pukul 4 petang. Kalau kami tidak sempat sampai sebelum pukul 4, kami tidak dapat lawati Taman Sari.

Namun dengan kehebatan Mas Herry memandu kereta, kami berjaya sampai ke Taman Sari before pukul 4. Alhamdulillah. (Kau jangan tanya macam mana dia drive. Tercabut-cantum tercabut-cantum jantung aku ni weh)


Tiket masuk = 15'000 IDR

Taman Sari ini adalah tempat mandi raja-raja dan pangeran-pangeran dahulu. Sejarah disini sangat menarik bagi aku. Di sini jugalah, adanya masjid di bawah air. Kami dibawa oleh seorang Pak Cik yang bertugas disitu untuk melawati sekitar Taman Sari.


Mark Zukerberg pun sudah pernah sampai disini tau! Huhuhu. Selain masjid bawah air, kami dibawa juga ke kubu pertahanan zaman perang dulu. Sambil berjalan pakcik tu bercerita pasal sejarah lama Taman Sari. Suasana di sekitar Taman Sari ini buat aku benar-benar jatuh cinta. Rasa nak tinggal disini. Kawasan rumah disini sama seperti dalam drama sinetron.


Dari pagi sampai ke petang kami berjalan. Walaupun kaki rasa sangat sakit, tapi pengembaraan hari ini sangat memberi nafas kehidupan sehingga aku tidak peduli rasa sakit tu. *Bangga*

Selepas puas explore Taman Sari, kami bergerak ke tempat penginapan kami pula. Kami memilih penginapan homesty yang telah ditempah melalui Airbnb, harganya sangat berpatutan. Satu bilik, dua katil double decker. Ditambah pula, tuan rumah yang sangat ramah dan decoration homesty yang sangat artistic.

Penat menaip! Aku nak share gambar kawasan sekitar homesty kami dan aktiviti kami dihari yang seterusnya. Tapi sebelum itu, izinkan aku melayan tilam yang empuk di homesty ini. Kaki sudah meminta untuk diurut, mata sudah meminta untuk didodoi. Oleh itu, jumpa di entri yang seterusnya. Nah, video untuk hari kedua kami di Indonesia. Adios!


Baca:

0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!