Hang on, dear! | Student's life

my 6th semester will be end very soon, and as usual, bila masuk 2nd part of semester, adegan-adegan atau senario-senario seperti berikut wajib berlaku.

1)Semua subjek ada assignment dan ianya perlu disubmit pada minggu yang sama

selalunya 2nd part of semester adalah waktu yang paling busy, stress and exhausted sebab semua benda nak disiapkan dan disubmit. Assignment, report, proposal tambah pula dengan quiz, test and paling mengerunkan final exam. ergh!


2)Clash waktu discussion antara group discussion yang berlainan subjek

Disebabkan setiap semester, aku akan bertukar-tukar coursemate. Setiap subjek akan ada kerja yang dibuat secara group. Nak dapatkan chemistry dengan groupmate untuk setiap subjek amatlah memakan masa. Dan bayangkan setiap subjek ada groupmate yang berbeza, so ceritanya memang agak frust bila nak buat meeting sebab masing-masing ada pe'el tersendiri. Dan bila nak buat group discussion tu memang selalu clash dengan subjek-subjek lain.

Okey enough is enough dengan bebelan. Orang kata kehidupan masa belajar adalah moment paling best. So, lets enjoy the pain because through pain, we learn so many things, when we learn and we grow.

Image result for we grow baby animal

hmm
Last night I had an exam, it was first time happened the exam started very late. Usually we started exam on 9,00 pm, but last night it was 10.15 pm! However, we just hadap je la because there's no other choice.

Ramai kawan-kawan aku yang dari course lain terkejut dan pelik bila aku cakap test (except final exam) aku selalunya dibuat pada waktu malam. Ye, ini cerita betul! Disebabkan course aku ada banyak kelas dan banyak subjek, jadi sentiasa berlaku clash antara subjek-subjek sehingga menyulitkan untuk test dibuat secara serentak. Jadi hanya pada waktu malam sahajalah yang semua student free and available, maka sebab itulah test kebanyakkannya buat pada waktu malam. Nak standardize punya pasal.

Siapa-siapa yang bercadang mahu ambil electrical engineering di UTM, ini akak nak pesanlah. Prepare dan hadap je lah ye, jangan takut jangan risau, INI SEMUA COBAAN! >.<

Setiap fasa dalam kehidupan akan ada ujian dan cabaran yang tersendiri,. Macam main game yang ada level-up tu, makin tinggi level, makin power cabarannya. Tetapi, kitakan dah lalui banyak cabaran-cabaran sebelum ini, sepatutnya kita akan jadi lebih matang, lebih dewasa dan lebih kuat! So no worries, Allah won't leave His servants in life battle without any guidance and preparation.

Aku tulis ni sebab aku sedang menasihati diri sendiri. Yang selalu sangat lembik dan lemah bila ada cabaran @ ujian mendatang. Jujurnya, aku selalu jealous tengok kawan-kawan aku yang dapat pointer bagus, markah test power-power dan konsisten. Aku struggle gila kot nak jadi macam tu tetapi pointer aku untuk setiap semester macam roller coaster. Kadang-kadang fed-up jugalah tetapi mampu rasa fed-up sajala, nak give up tu rasa tak berbaloi pulak sebab dah 6 semester kot aku cuba survive dan tinggal 2 semester saja lagi.

Hang on, dear!

Image result for hang on dear


0 Comments

Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!