Rajuk

September 16, 2014

Ada masa aku terasa aku tidak sebegitu bermakna bagi kau.
Ada masa aku terasa aku langsung bukan siapa2 untuk kau.
Ada masa aku terasa kalau kau menjauh, memang itu niat kau.

Huh.

Mungkin ada masa
Aku yang terlebih emosi
Sedangkan kau biasa2 sahaja

Aku tak tahu.

Mungkin kau dah jumpa kehidupan baru.
Sedangkan ia cuma beberapa minggu.

Aku tak tahu.

Mungkin aku sendiri yang salah sebab terlalu lemah 
Untuk belajar yang kau tak sentiasa ada.

Kau juga memerlukan masa untuk diri kau.

Aku bukan mengalah
Cuma aku tak kuat
Untuk belajar
--kau bukan selamanya untuk aku

Entah.
Tulisan ini nampak tidak releven.

Barangkali aku bukan mahu meluah
Aku cuma merajuk dan nak dipujuk.

Me

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.