Lesen kereta, persiapan ke matrikulasi & resign kerja
May 07, 2013Bismillahirahmanirahim..
hai!!
dah lama tak update entri baru..banyak cerita nak kongsi nie..okey, aku cer try cerita satu persatu..insyaAllah.. sila baca dengan penuh khusyuk ;D
LESEN KERETA
Alhamdulillah, setelah berkali-kali gagal dalam ujian praktikal..setelah berbaldi-baldi air mata dicurahkan.. setelah berkabung selama sebulan akibat kuchiwa yang tidak tertanngung..akhirnya, aku berjaya melepasi detik2 genting itu...alhamdulillah!! ngehehehe
honestly, perjalanan aku dalam mengambil lesen Kereta nie sungguh berliku-liku.. aku telah tersungkur berkali-kali, tapi bak kata diri aku sendiri -,-' "Allah aturkan kita jatuh supaya kita belajar untuk bangun"..and well, aku bangkit dan terus melangkah..dan akhirnyaaaaaaaa.....GOLLLL!!!!
hahaha!
aku dua kali re-test JPJ dan dua2 tu kat parking..sehingga aku sendiri mengelarkan diriku Raja Parking..huihuihui..
walau apapun, alhamdulillah!! akhirnya aku lepas juga.. tapi aku rasa, nie kira rezekilah..sebab masa hari test hari tu..boleh pulak kebetulan hari jadi JPJ yang jaga parking..dan beliau tersangat cool giler sehingga aku rasa nak minum cool blog tau..ngeee :D
masa taklimat, JPJ yang jaga parking/3 penjuru tu dia siap cakap "Hari ini hari jadi saya, saya nak semua orang lulus!"
and seriously, memang dia bersungguh bantu budaxz2 test untuk lulus.. aku rasa tabik dan terharu giler!! huhuhu...semoga Allah berkati hidup beliau..
PERSIAPAN KE MATRIK
seperti yang aku update kat facebook page, insyaAllah aku akan melangkah kaki ke matrik!
nak tunggu keputusan UiTM untuk kejurusan yang aku mohon tu lama lagi..dalam bulan 9..jadi aku taknak buang masa..aku rasa otak aku nie dah beku dan bebal tau sejak tak jumpa cikgu dan ngadap buku..
so, insyaAllah 27 Mei nie aku akan melangkah kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. semua bahan aku dah print out..
buku dan kad BSN aku dah buat.. tinggal untuk package barang je..
doakan aku yer..
ada orang tanya andai kata aku dapat tawaran Uitm tu acana??..
urmmm, huh!
nanti aku pikirkan semula..ergh! tengok dulu macam mana perjalanan aku di Matrik.. kalau boleh survive, aku nak teruskan..
RESIGN
huh! nie part yang paling sedih! aku sebolehnya tak nak cerita..tapi, huh! nak tak nak..I need to make a decision.. insyaAllah aku akan meletakkan jawatan sebagai pembantu klinik 17Mei nie..
bekerja di Klinik tu sangat seronok..meskipun aku hanya buat kerja part-time..tapi, aku belajar banyak perkara..terutama sekali mengenai bersosial dengan orang..belajar menerima arahan..belajar untuk bekerjasama..belajar untuk bertolak ansur.. belajar untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua..
alhamdulillah..
it's just a great memory I've never felt!! Allahu akbar!! its hard to say because its something that I can't see with my eyes, I can't touch with my hands, I can't smell with my noses BUT I know its there..I can feel it with my heart!!
I've started to love them as much as they will never know.. huhuhu...
sobs sobs sobs
okey, stop it!
weh! serius, aku tak tipu!! hati aku memang sedih untuk meninggalkan pekerjaan nie..meninggalkan kakak2 ku..meninggalkan kenangan yang sudah terlekat dihati nie..
2 comments
nice day:)
ReplyDeletesaya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..
bagi-bagi motivasi yaa.. :)
http://wisataoutboundmalang.com/
nice day:)
ReplyDeletesaya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..
bagi-bagi motivasi yaa.. :)
http://wisataoutboundmalang.com/
Thank you for leaving some comments here.