4 hari 3 malam di Fukuoka, Japan

April 17, 2019


Penerbangan dari Busan ke Fukuoka mengambil masa satu jam. First time naik Air Busan, departing and landing smooth je. Sepanjang penerbangan tak sempat nak tertidur pun sebab I AM SOO EXCITED! Fukuoka ni sangat dekat dengan Busan, lebih dekat dari Jeju. Tetapi cuaca sedikit berbeza, Busan sejuk lagilah masa ni. Aku sampai di Fukuoka sudah petang. Beli portable wifi dekat airport then kami (aku dan parents) menuju ke train untuk pergi ke penginapan yang kami book through agoda.com.

Kami pilih untuk menginap di guesthouse japanese style di Hakozaki. Belakang guesthouse ni ada sungai besar. Pagi-pagi punya view memang cantik gila, aku tak tipu weh! So cerita kami sesat nak cari guesthouse ni memang epik gila la. Kami berjalan kaki dari station yang kami turun ke guesthouse hampir 10km tau. So nasihat aku, please study map betul-betul. Train di Japan ni banyak line. Mark betul-betul guesthouse yang korang book tu dekat dengan station apa, then tengok line train betul-betul, baca betul-betul (refer color atau nombor). Nak mudah download App map di Appstore (ie. Fukuoka Rail Map Lite) because its helps a lot!

Download App Fukuoka Rail Map Lite

Kesilapan aku adalah aku tak tahu yang Hakozaki itu ada 3 station. Hakozaki (orange), Hakozaki-Miyamae (pink) dan Hakozaki-Kudyaimae (pink). Kalau sudah salah mark peta atau salah ambil train atau salah turun station, maka berjalanlah kamu dimuka bumi tuhan dengan hati yang tenang dan lapang. Huhuhu. Nak buat macam mana, dah salah sendiri. Tapi tenang-tenang je. Benda boleh settle kan. 

Drup drap drup drap. Sampai je di guesthouse sudah magrib. Sumpah dowh kakiku sakit. Kesian orang tua aku. Tetapi nasib baik diaorang steady je. Aku je tak chill. Hahaha.

View perjalanan kami menuju ke guesthouse

Owhyeah, nak cari teksi dikawasan Hakozaki ni agak susah. No grabcar no Uber. All places di Fukuoka ni aku tengok citizen sini banyak menggunakan basikal dan bas. Baru aku tahu, nak own basikal disini tu kena ada lesen tau. Kena follow undang-undang macam motorbiker punya undang. Kalau tak ikut undang-undang, pengguna basikal boleh kena saman. Di fukuoka ni, kat mana-mana kau akan nampak orang bawa basikal 🚴🏻‍♂️🚴🏻‍♀️🚴🏻‍♂️🚴🏻‍♀️ Lalalala~ What a view!

Aku sampai di Fukuoka pada hari cuti kebangsaan mereka (esoknya), patutlah aku pelik kenapa sunyi gila bandar Fukuoka ni. Aku dah rasa macam seram-seram gitu. Bandar cantik tapi tak ada orang lalu lalang, lagi-lagi kawasan guesthouse aku tu. Cengkerik pun takut nak berbunyi. Sunyi gila sesunyi hatiku. *Gitew* Rupanya, diaorang sedang bercuti. Entah apa diaorang buat dalam rumah tu. "Weh, jiran sebelah, keluarlah rumah, ni orang malaysia datang ni." *Cehh* Gambar dan video kat bawah ni adalah gambar guesthouse dan sekitarnya.

H A K O Z A K I

(video)




Machine gedegang ni akan jumpa merata-rata di Fukuoka


Hari kedua kami masih lagi sesat. Salah beli tiket train, salah naik train, salah turun station semuanya salah. *Huhh* Tapi, ayah aku kata inilah namanya jalan-jalan. Lebih banyak sesat, lebih kita mahir to deal it for the next time. Ye bah benar banget. Marilah kita berjalan jalan. 

Hari kedua kami berjaya sampai di Sasaguri dan Pulau Nokonoshima. Dua tempat ni betul-betul terletak hujung dunia dengan hujung dunia. Sasaguri terletak dipendalaman fukuoka, so dapatlah tengok view kampung japan dan tanaman padi di kiri kanan laluan kereta api. Yes, it is soo breathtaking. Untuk pergi ke Pulau Nokonoshima, kena naik feri di Nokonoshima Ferry port. Dari Sasaguri, aku change train dekat Hakata. Take subway to Meinohama-eki, then ambil bus Nishitetsu Bus pergi ke Nokonoshima Ferry port.

O F F    T O    S A S A G U R I



S A S A G U R I







O F F    T O    N O K O N O S H I M A    I S L A N D





N O K O N O S H I M A   I S L A N D





Balik dari nokonoshima Island kami naik bas Nishitetsu all the way to hakozaki. Barulah aku tahu yang Nishitetsu bus ada app online yang boleh track pergerakan bas, boleh tahu bas apa nak kena naik, bus stop apa yang paling dekat dengan kita dan boleh tahu macam mana nak move from one destination to another destination dengan naik bus Nishitetsu ni. Iya hanya dengan app yang sama. Nishitetsu Bus is widely used in fukuoka. So, sebelum sampai fukuoka, download lah app ni siap-siap. Ia sangat sangat membantu.

Hari ketiga kami pergi Ohori park, jalan-jalan di Tenjin, pergi ke Fukuoka tower, melawat shrine di Hakozaki dan naik bus keliling bandar.

Fukuoka dan Busan walaupun hanya sejam penerbangan (to estimate jarak = jeju lebih jauh dari busan berbanding fukuoka) tetapi culture, architecture, bahasa, system dan attitude totally berbeza. Perception aku terhadap fukuoka gugur disaat hari pertama aku menapak kaki di airport Fukuoka. Aku fikir Fukuoka ni sama je macam Busan. Tetapi, tidak ya teman-teman semua! It is a very nice, clean and systematic country. Aku mula membanding-bandingkan diantara dua negara ini. Diantara Korea Selatan dan Japan. Diantara Geoje Island dan Nokonoshima Island. Diantara Busan dan Fukuoka. Tetapi, apa yang aku boleh konklusikan, kedua-duanya ada identiti dan keunikan tersendiri.

O H O R I    P A R K






F U K U O K A    T O W E R




H A K O Z A K I    S H R I N E





T E N J I N




Esok (hari keempat) kami akan pulang ke Busan. Flight kami waktu pagi so kiranya hari ini adalah hari terkahir untuk kami berjalan-jalan di Fukuoka. Tak tahu nak cari souvenir kat mana tetapi alhamdulillah sepanjang melawat tempat-tempat menarik di hari sebelum-sebelum ni, aku dah siap-siap beli souvenir. So, tak adalah fikir sangat nak cari apa-apa lagi.

Overall, I am so happy and grateful because Allah allows me to be here. Lebih banyak tempat aku pergi, lebih aku appreciate perbezaan manusia. Lebih aku faham kenapa tolak ansur itu perlu ada dalam diri setiap manusia. Raikan perbezaan kerana perbezaan itulah menjadikan manusia itu manusia.

Bila aku pergi banyak tempat dan jumpa banyak jenis manusia, aku semakin kurang men-judge orang dan fikiran aku lebih terbuka. Bertemu dengan orang mesir bernama Muhammad, pemandu bus Nishitetsu yang tak lekang senyuman, sister christian yang jumpa di bus stop Ohori dan rakyat japan yang penuh budaya ketimuran menjadikan perjalanan aku di Fukuoka lebih terisi dan bererti. Jika diizinkan untuk sampai dibumi matahari terbit lagi, aku mengharap dapat belajar lebih banyak lagi dari mereka.

Love, Adios!


You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.