Bukan tentang siapa tiba dahulu

March 14, 2019

*play music*




lautan yang luas itu tidak punya jalan raya
tiada signboard dimana-mana

maka...
ada pelayar mengambil masa yang lama
ada pelayar mengambil masa yang sebentar
untuk tiba pada destinasi yang sama

mungkin ada yang kata,
guna sahajalah jalan didarat.
signboard ada, jalanraya sudah tersedia
pasti tidak tersesat, 
tidak terlambat tiba didestinasi.

entah.. mungkin ada benarnya
tetapi, jika hidup ini hanya tentang sampai ke destinasi
lalu..
mengapa tuhan hantar kita ke dunia?
sedangkan dahulu bukankah 
kita sudah berada didestinasi sana?


hidup ini adalah tentang perjalanan...


seandainya Tuhan tidak menghantar manusia ke dunia, ya manusia pasti sedang bersenang-senang disyurga sekarang ini, tiada penat lelah, tiada kesusahan, tangisan dan kedukaan..

tetapi.. manusia tidak akan tahu sifat Tuhan yang maha pengampun, maha penolong, maha pelindung, maha penyembuh, maha kaya, maha mengasihani..

manusia tidak akan tahu
walaupun segunung dosa yang hamba-hamba-hambaNya lakukan
Dia pasti sudi mengampunkan
kerana Dia al-Gaffar (Maha Mengampuni)..

walaupun banyak kederhakaan yang hambaNya lakukan,
bila hambaNya minta tolong
Dia pasti sudi menolong
kerana Dia as-samad (Maha Diperlukan)..

meskipun sejahat-jahat manusia pun
Dia pasti sudi melimpah-ruahkan nikmatNya keatas hambaNya..
kerana Dia al-Rahman al-Rahim (Maha Pengasih, Maha Penyayang)

maka..
kerana itu,
Tuhan hantar manusia ke dunia
untuk manusia mengenal Tuhannya..

untuk manusia mengenal siapa Tuhannya..
untuk manusia benar-benar mengenal siapa Tuhannya..
dan patuh apa yang Dia perintahkan untuknya..

bukan soal siapa sampai dulu,
bukan juga siapa lambat tiba didestinasi..

tetapi siapa yang mahu mengenal tuhannya dalam perjalannya menuju destinasi..

Love,
AH

You Might Also Like

1 comments

  1. benar apa yang ditulis. terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea & Jeju Island
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Fukuoka,Japan
Thailand
Vietnam
New Zealand