tentang pilihan

January 07, 2019

Aku mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Pulau Pinang. Walaupun keputusan aku agak drastik tetapi aku nekad. *Semoga tuhan jaga aku sepanjang perjalanan disini*

Kenapa Pulau Pinang? Aku sendiri tidak pasti. Aku tidak punya jawapan itu. Mungkin...kerana teman baik aku ada disini. Mungkin...kerana ia sebuah pulau yang dikelilingi laut. Aku tenang melihat laut. Mungkin pulau pinang mengingatkan aku akan Okpo-dong. Sesungguhnya aku merindui Okpo-dong. Rindu yang tidak mampu diungkapkan.

hmm..

Tadi sempat aku berbual dengan teman-teman aku, tentang pilihan. Iya, tentang pilihan. Hidup ini segalanya adalah tentang pilihan. Semua jiwa dan jasad yang hidup di atas dunia ini tidak akan lari dari bertemu dengan pilihan-pilihan yang hadir dihadapan matanya.

Ada satu ketika, kita akan ignore dengan pilihan wujud dihadapan mata kita, selagi boleh elak, kita mahu lari sejauhnya dari membuat pilihan.

Ada satu ketika, kita akan membuat pilihan yang wujud dihadapan mata kita demi mendapatkan sesuatu perubahan dalam hidup kita.

Ada satu ketika, kita akan tidak punya pilihan pun melainkan hanya terus berjalan dan berjalan sehingga sampai satu waktu yang kita tak pasti apa yang akan berlaku selepas itu.

Aku fikir hidup aku rumit, little that I know, kehidupan semua orang adalah rumit. Mereka juga melalui kerumitan seperti mana aku rasai. Mereka ada fasa jatuh bangun. Mereka ada fasa tidak tahu buat pilihan. Mereka ada fasa hilang dalam kehidupan. Mereka ada fasa mahu lari dari apa yang sedang mereka lalui. Mereka sama seperti aku.

Cuma cerita mereka tidak didendangkan, tidak difilemkan, tidak disutradarakan. Maka, cerita-cerita ini tenggelam seperti tidak pernah wujud diatas bumi ini.

Seringkali aku diingat-ingatkan tentang apa jua pilihan yang aku akan buat, sentiasalah ikut cita-cita dan impian. Jangan lakukan sesuatu yang aku tidak suka. Kerana perkara itu hanya sia-sia. Katanya setiap manusia diberi peluang hidup hanya sekali, maka yang sekali itu perlu dipergunakan dengan sebaiknya.

huh..
Cita-cita dan impian.

Kah! Kadangkala aku tak percaya pada cita-cita dan impian mampu membahagiakan manusia. Benarkah mengejar apa yang kita mahu akan memuaskan hati kita? Tetapi kita hidup didunia sekarang ini, setiap manusia tidak akan berhenti menilai kita. Walaupun kita akan cuba untuk tidak mengendahkan tentang penilaian orang, percayalah pasti sedikit akan tercalit pada memori dan menguris hati kita.

Bila aku renung lama tentang hal pilihan, aku menjadi lebih keliru. 

Tetapi dalam perjalanan aku ke Pulau Pinang aku seoalah mendapat jawapan iaitu setiap pilihan pasti ada harga yang perlu dibayar. Harga pengorbanan.

Seandainya aku mengikut pilihan yang ada, aku pasti perlu mengorbankan apa yang menjadi impian aku. Namun, seandainya aku mengejar impian aku, aku perlu mengorbankan segala yang aku ada.

Lalu.. adakah pilihan adalah tentang apa yang aku sudi korbankan?

Begitukah?
Tuhan..
aku tidak tahu... tolong aku tuhan....
berikanku jawapan...


You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea & Jeju Island
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Fukuoka,Japan
Thailand
Vietnam
New Zealand