pesan dia

November 29, 2018

Sasaguri, Fukuoka, Jepun

pesan dia
satu masa nanti jika kau mula hilang rasa
beritahu dia, supaya dia bersedia

pesan dia
satu masa nanti jika kau sudah mahu menjauh
beritahu dia, supaya dia bersedia

pesan dia
satu masa nanti jika kau mahu yang baru disisi
beritahu dia, supaya dia bersedia

pesan dia
satu masa nanti jika cerita dia bukan lagi peneman diwaktu malam
beritahu dia, supaya dia bersedia

pesan dia
satu masa nanti rindu sudah tidak menjadi penghubung dua jiwa
beritahu dia, supaya dia bersedia

pesan dia
satu masa nanti yang berdegup dijantung mu bukan lagi cinta
beritahu dia, supaya dia bersedia

kata dia
bukan dia tak mahu
dia cuma belum bersedia

beri dia sedikit masa

29112018
AH

You Might Also Like

1 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan