12 bulan yang lalu

November 28, 2018

2018 tidak lama lagi akan mengakhirkan waktunya. masa berjalan tanpa sempat pamitan. seingat aku pada waktu sebegini 12 bulan yang lalu, aku sedang sibuk merancang itinerary trip backpacker ke Indonesia bersama kawan2 universiti. Dan bulan December 12 bulan yang lalu, aku sibuk study untuk menghadapi final examination. setiap masa terisi dengan target untuk menghabiskan belajar on-time. dapat gradusi bersama kawan2. walaupun pada masa itu, hidup aku sangat tertekan. tetapi berbaloi. aku rasa berbaloi kerana hidup aku terisi dengan perjuangan untuk bertahan dan untuk sampai kegarisan tamat.

pada waktu ini, semua itu aku hanya mampu ingati sebagai kenangan. tiada lagi assignment yang aku tak pernah faham. tiada lagi suara pensyarah disetiap pagi. tiada lagi bangunan yang setiap hari aku lalui. tiada lagi beban berat yang menampung dibahu setiap kali pulang ke bilik. tiada lagi lamunan panjang ke luar tingkap sambil memerhati pelajar KTC lalu dijalan belakang blok. tiada lagi ketawa berat dari teman sebilik selepas waktu makan. banyak yang telah pergi. yang tinggal cuma aku dan kenangan yang pernah ada.

tuhan..
kenapa susahnya hidup sekarang ini. aku kini berseorangan. aku sudah tidak punya semangat-semangat seperti 12 bulan yang lalu. banyak yang telah pergi. termasuk sebahagian diriku. 

tuhan..











apakah hidup memang seharusnya begini? rasa seperti ini. sunyi. sepi. tidak tahu kemana mahu pergi?


jauhnya aku dengan kenangan lalu... jauhnya aku dengan diri aku yang dulu... jauhnya aku dengan Tuhanku...

aku rindu suasana dulu.. aku rindu aku yang kuat dulu.. aku rindu kau Tuhan..



aku tak tahu, tuhan...
jangan biarkan aku lama-lama begini. gerakkan aku untuk berjalan.. berlari.. jauhhh dari yang menghambat diri. aku tak minta banyak. aku cuma mahu bahagia dengan diriku ini. cuma itu. cuma itu, Tuhan.

tolong aku, Tuhan..


28112018
AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan