travel 3 negara, life masih hambar

October 20, 2018


aku selalu rasa life aku tak best. hambar. tapi dalam beberapa saat entah dari pelusuk mana akan datang suara “dasar tak reti bersyukur”

iya. akulah itu.

tahun ini sudah tiga negara aku pergi. gila tak gila weh. netizen (aka makcik bawang) kalau tahu aku ni selalu rasa life aku tak best sedangkan banyak gila nikmat yang Tuhan bagi, memang kena sumpah seranah dengan mereka. gila tak gila,Tuhan dah sampaikan aku.

tiga negara tu bukan pergi satu province je weh. malas nak gebang dan cerita panjang (bukan di post kali ini) sebab gebang ni untuk orang2 yang poyo. 

notakaki: aku benci orang poyo

sekarang aku masih kat korea. jam 2 setengah pagi. suhu dah drop ke 13 darjah celsius. kaki berstoking badan membungkus dengan selimut. nyaman2 ayam.

aku tak suka sejuk. aku tak suka musim sejuk. kulit aku sensitif. sekarang ni dah kering mengerutu merah luka semua lah. tapi aku tenang-tenang je. tak kisah.

kalau kira hari ini, aku ada 17 hari lagi tinggal disini sebelum balik Malaysia. hari ini (merujuk semalam) gila punya stress nak siapkan slide presentation untuk conference minggu depan. sambil aku buat sambil aku menyesal kenapalah aku terima tawaran lecturer aku untuk pergi bentang paper kat conference minggu depan. bongoknya aku ni!

conference kat Jeju. so ini menjawab persoalan kenapa aku lama sangat di Korea. ikut perancangan, bulan 9 itu hari aku dah balik Malaysia. kerana conference, so drag lah sampai ke bulan 11.

balik Malaysia nanti kurang seminggu sebelum majlis convo. aku gila nervous. tapi aku tak sure nervous untuk yang mana satu. conference minggu depan atau berjalan atas pentas ambil skrol atau terserempak dengan arwah yang telah menghacur leburkan tulang rusuk aku (lagu fynn jamal)

notakaki: arwah itu adalah sejenis makhluk yang aku taknak kenang. tapi macam manapun arwah tu baik orangnya. damn

so sementara tinggal berbaki 2 minggu ni, aku nak gunakan sebaiknya untuk enjoy suasana disini. mohon esok jangan tidur lepas subuh. cubalah bawak badan gedempol tu naik bukit kat taman atas sana. lama dah kau tak hiking ainiey woi.

hmm tapi kalau nak dekat pukul tiga pagi aku masih tak tidur ni, probability untuk sambung tidur lepas subuh dan terlajak sampai kesiangan tu sangat besar. peh. takpe kita buh azam dulu. moga tuhan tak lenakan aku.

selamat malam warga AH!

Love,
AH




You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan