Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Terguris hati ibu

Antara adik beradik aku, aku yang paling rebel sekali. Paling banyak menguris hati parents aku. Paling banyak memberontak. Tetapi most of rebellion aku, aku buat dalam halus. Halus tapi menguris. 

Mak bapak macam mana tak faham pun mereka kat anak-anak, anak-anak tak ada hak untuk durhaka, marah atau biadap dengan mak bapak. Itu prinsip yang aku pegang.

Dan aku sedaya untuk cuba untuk kawal diri aku, akan ada waktu aku terlepas tunjukkan rebel aku. After aku dah tak sengaja buat salah, aku akan minta maaf dan cari jalan untuk betulkan balik. Over and over again. Aku selalu cakap kat diri aku, kalau suatu hari nanti Allah ambil mak aku semula, rasa boleh hidup tak?

Huh.

My mom is a modern-conventional mother. Beliau buat kerja rumah sangat detail, which berbeza dengan aku. Semakin aku dewasa semakin aku belajar mengenal beliau dan semakin banyak belajar dari beliau. Kadang aku rasa bersalah kerana aku sibuk nak mendewasakan diri sedangkan aku lupa yang mak ayah juga semakin menua. Uban semakin banyak, langkah tidak selaju dahulu, mata semakin memudar. Hmmm...

Tsk😭

Anak-anak ni jahat. Selalu mengharap parents menjadi seperi parents orang lain. Selalu mengharap mak ayah menjadi mak ayah ideal mereka. Selalu meletak mak ayah disatu standard yang mereka tidak mampu capai. Kita lihat parents orang lain boleh jadi seperti kawan-kawan, kenapa tidak dengan parents kita? Kita lihat parents orang lain boleh itu boleh ini kemudian kita mempersoalkan kenapa parents kita tidak seperti itu. Kita membanding-bandingkan parents kita dengan parents orang lain. 

Seperti mana tidak layaknya seorang mak ayah membanding-bandingkan anaknya dengan orang lain atau sesama adik beradik, seperti itu tidak layak anak-anak membandingkan mak ayah mereka dengan mak ayah orang lain.

Belajar menerima dan menyayangi. Aku tulis ini untuk diri aku. Aku tak boleh mengubah orang lain. Aku hanya boleh mengubah diri aku. Maka, ainiey... belajarlah menerima dan menyayangi anugerah dari Allah untuk kau. He has made your mom and dad perfectly for you. Only you.

Ibu.. maafkan akak.. akak nakal.. selalu sakitkan hati ibu.. maaaffff buuuu😭
Nasihat untuk anak, suatu hari nanti jika diizinkan kau menjadi seorang ibu. Tahulah kau bagaimana sakitnya hati ibumu tika anakmu menguris hati mu. 



Your daughter
AH

0 comments:

My Instagram